Antarabangsa
Penduduk Palestin gotong royong bina semula sekolah roboh
Penduduk Palestin berganding bahu membina semula sebuah sekolah di kampung Bayt Ta’mar selepas beberapa jam dirobohkan oleh rejim negara haram dengan alasan tiada permit bangunan.
- Penduduk Palestin berganding bahu membina semula sebuah sekolah di kampung Bayt Ta’mar selepas beberapa jam dirobohkan oleh rejim negara haram dengan alasan tiada permit bangunan.
- Memetik agensi Wafa, perkampungan yang terletak di utara Tebing Barat itu kini sering berdepan peningkatan pencerobohan sejak kebelakangan ini.
- Penduduk dan aktivis di kawasan berkenaan berkata, mereka bersedia untuk membina semula sekolah untuk kali kedua.
- Terdahulu, rejim negara haram membawa jentolak dan merobohkan sekolah Jibb Al-Deeb, sekolah untuk anak-anak Palestin yang dibina hasil kutipan derma.
TEBING BARAT – Penduduk Palestin berganding bahu membina semula sebuah sekolah di kampung Bayt Ta’mar selepas beberapa jam dirobohkan oleh rejim negara haram dengan alasan tiada permit bangunan.
Memetik agensi Wafa, perkampungan yang terletak di utara Tebing Barat itu kini sering berdepan peningkatan pencerobohan sejak kebelakangan ini.
Penduduk dan aktivis di kawasan berkenaan berkata, mereka bersedia untuk membina semula sekolah untuk kali kedua.
Tindakan perobohan di atas harta benda milik penduduk Palestin dipercayai merupakan tindakan sengaja perluasan penempatan haram Israel kepada penduduk Yahudi.
Terdahulu, rejim negara haram membawa jentolak dan merobohkan sekolah Jibb Al-Deeb, sekolah untuk anak-anak Palestin yang dibina hasil kutipan derma.
Tindakan perobohan sekolah berkenaan bukan kali pertama sebaliknya pernah dilakukan secara kejam oleh rejim negara haram kira-kira enam tahun lalu.
Namun, ia dibangunkan semula hasil gotong royong penduduk setempat.
Buat masa ini, kira-kira 60 murid dari gred satu hingga empat belajar di sekolah berkenaan yang merupakan sekolah tunggal di penempatan tersebut.
Sumber: Ismaweb