Connect with us

Antarabangsa

Penduduk Arab Saudi tiada permit dilarang masuk Makkah

Penduduk Arab Saudi yang tidak mempunyai permit masuk akan dilarang memasuki Makkah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penduduk Arab Saudi tiada permit dilarang masuk Makkah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penduduk Arab Saudi yang tidak mempunyai permit masuk akan dilarang memasuki Makkah.
  • Direktorat Keselamatan Awam mengumumkan, Larangan dikuatkuasakan Pusat Kawalan Keselamatan itu bermula sejak 15 Mei lalu.
  • Langkah itu sebahagian daripada usaha kerajaan sempena musim haji tahun ini.
  • “Pihak berkuasa diarahkan untuk hanya membenarkan kemasukan mereka yang bekerja di Tanah Suci dan mempunyai permit masuk, mereka yang mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan Makkah dan mereka yang mempunyai permit umrah atau permit haji,” katanya.

Riyadh: Penduduk Arab Saudi yang tidak mempunyai permit masuk akan dilarang memasuki Makkah.

Direktorat Keselamatan Awam mengumumkan, Larangan dikuatkuasakan Pusat Kawalan Keselamatan itu bermula sejak 15 Mei lalu.

Katanya, langkah itu sebahagian daripada usaha kerajaan sempena musim haji tahun ini.

“Ia memerlukan semua penduduk yang ingin memasuki Tanah Suci mendapatkan permit daripada pihak berkuasa.

“Pihak berkuasa diarahkan untuk hanya membenarkan kemasukan mereka yang bekerja di Tanah Suci dan mempunyai permit masuk, mereka yang mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan Makkah dan mereka yang mempunyai permit umrah atau permit haji,” katanya.

Berdasarkan SPA, Direktorat Am Pasport juga mula menerima permohonan untuk permit kemasukan elektronik ke Makkah untuk pekerja domestik dan ahli keluarga bukan Arab Saudi, pekerja yang tinggal di pertubuhan yang berpangkalan di Makkah, pemegang visa kerja bermusim dan kontraktor dengan pertubuhan itu didaftarkan dalam sistem Ajeer untuk musim haji ini.

Ibadah haji, ziarah tahunan ke kota suci Makkah di Arab Saudi, dijangka bermula 26 Jun ini.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *