Connect with us

Antarabangsa

Pembangkang Turkiye hadapi laluan sukar selepas pemilihan semula Erdogan

Dalam keredaan suasana pilihan raya, blok pembangkang Turkiye beralih kepada persoalan bagaimana mereka gagal meraih peluang terbaik untuk menyingkirkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pembangkang Turkiye hadapi laluan sukar selepas pemilihan semula Erdogan
Foto: Kemal Kilicdaroglu.
  • Barisan pembangkang Turkiye beralih kepada persoalan bagaimana mereka gagal meraih peluang terbaik untuk menyingkirkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
  • Pembangkang yang diketuai Kemal Kilicdaroglu dari Perikatan Negara, melihat krisis ekonomi terburuk negara itu dalam dua dekad dan kesan gempa bumi yang dahsyat pada Februari lalu sebagai cabaran hampir mustahil, untuk mereka mengatasi pemilihan semula Erdogan.
  • Pembangkang dalam masa sama perlu melihat 47.8 peratus undian diterima pada pilihan raya presiden pusingan kedua sebagai satu bentuk kejayaan di mana dalam dua pilihan raya presiden Turkiye sebelum ini, pencabar Erdogan gagal melepasi paras undian 40 peratus.
  • Tumpuan paling hangat tertumpu kepada CHP, selaku parti pembangkang terbesar, dan Kilicdaroglu, yang memimpin parti itu sejak 2010 tanpa memenangi sebarang pilihan raya kebangsaan.

Istanbul – Dalam keredaan suasana pilihan raya, blok pembangkang Turkiye beralih kepada persoalan bagaimana mereka gagal meraih peluang terbaik untuk menyingkirkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Pembangkang, diketuai Kemal Kilicdaroglu dari Perikatan Negara, melihat krisis ekonomi terburuk negara itu dalam dua dekad dan kesan gempa bumi dahsyat pada Februari lalu sebagai cabaran hampir mustahil, untuk mereka mengatasi pemilihan semula Erdogan.

Bagaimanapun, presiden itu mengejutkan pengkritik, pakar dan pemerhatinya dengan terus kekal sehingga penggal ketiga dan melanjutkan 20 tahun pemerintahannya selama lima tahun lagi.

Pembangkang dalam masa sama perlu melihat 47.8 peratus undian diterima Kilicdaroglu dalam pilihan raya presiden pusingan kedua pada Ahad lalu ketika menentang Erdogan sebagai satu bentuk kejayaan.

Dalam dua pilihan raya presiden Turkiye sebelum ini, pencabar Erdogan gagal melepasi paras undian 40 peratus.

Tumpuan kini dihalakan kepada pilihan raya tempatan dijadualkan pada Mac tahun depan.

Parti Rakyat Republikan (CHP) Kilicdaroglu akan cuba mempertahankan kedudukan yang diperoleh pada 2019.

Empat tahun lalu, CHP.dengan sokongan parti lain, menguasai bandar-bandar utama, termasuk Istanbul dan Ankara, yang ditadbir Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) Erdogan serta pendahulunya selama 25 tahun.

Ahli politik pembangkang dijangka menghadiri kongres parti sebelum akhir tahun ini, di mana mereka akan berdepan dengan persoalan berkenaan kepimpinan dan strategi kempen musim bunga kali ini.

Tumpuan paling hangat bakal tertumpu kepada CHP, selaku parti pembangkang terbesar, dan Kilicdaroglu, yang memimpin parti itu sejak 2010 tanpa memenangi sebarang pilihan raya kebangsaan.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *