Antarabangsa
Pelampau Hindu serang keluarga Muslim hingga kakak mangsa alami keguguran
Seorang ahli majlis dari Parti Bharatiya Janata (BJP) antara 11 pelampau Hindu yang dinamakan dalam laporan polis membabitkan serangan ke atas seorang lelaki Islam, kakaknya yang hamil dan ibu mereka.
- Seorang ahli majlis dari Parti Bharatiya Janata (BJP) antara 11 pelampau Hindu yang dinamakan dalam laporan polis membabitkan serangan ke atas seorang lelaki Islam, kakaknya yang hamil dan ibu mereka.
- Insiden dilaporkan berlaku di Telangana, India.
- Dalam video yang memaparkan insiden itu, sekumpulan lelaki berpakaian warna oren gelap dilihat menyerang lelaki Muslim itu, Imran, dengan menanggalkan pakaiannya secara paksa selepas menjatuhkan mangsa ke jalan.
- Kakak Imran yang hamil, turut dipukul kumpulan pelampau Hindu itu, mengalami keguguran ketika dia cuba menyelamatkan mangsa.
TELANGANA – Seorang ahli majlis dari Parti Bharatiya Janata (BJP) antara 11 pelampau Hindu yang dinamakan dalam laporan polis membabitkan serangan ke atas seorang lelaki Islam, kakaknya yang hamil dan ibu mereka.
Insiden dilaporkan berlaku di Telangana, India.
Dalam video yang memaparkan insiden itu, sekumpulan lelaki berpakaian warna oren gelap dilihat menyerang lelaki Muslim itu, Imran, dengan menanggalkan pakaiannya secara paksa selepas menjatuhkan mangsa ke jalan, lapor Free Press Kashmir.
Ibu dan kakaknya yang hamil kelihatan cuba menyelamatkan Imran daripada dipukul kumpulan pelampau Hindu itu.
Kakak Imran kemudiannya mengalami keguguran, bagaimanapun polis enggan mengaitkan perkara itu dengan serangan ganas kumpulan berkenaan.
Serangan itu didalangi seorang lelaki Hindu, Lingam, yang pada mulanya bertengkar dengan Imran mengakibatkan lelaki Muslim tersebut memukulnya dengan selipar.
Lingam kemudian kembali untuk menyerang Imran dan keluarganya dengan membawa kumpulan pelampau Hindu, termasuk seorang pemimpin BJP tempatan.
Anehnya, walaupun kesemua 11 pelampau Hindu itu ditahan dalam laporan polis, namun hanya Imran ditangkap.
Sumber: Free Press Kashmir