Connect with us

Antarabangsa

PBB pertama kali peringati ulang tahun Nakba Palestin

PBB secara rasminya memperingati peristiwa Nakba Palestin atau peristiwa ‘bencana’ buat pertama kali pada Isnin, semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Fariesha Amirnudin

Published

on

PBB pertama kali peringati ulang tahun Nakba Palestin
Foto: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
  • PBB secara rasminya memperingati peristiwa Nakba Palestin atau peristiwa ‘bencana’ buat pertama kali pada Isnin, semalam.
  • Presiden Mahmoud Abbas memberitahu wakil negara anggota PBB bahawa rakyatnya mempunyai hak untuk hidup dalam kebebasan dan bermaruah di dalam negara merdeka mereka sendiri.
  • Beliau menyeru agar Palestin diberikan keahlian penuh PBB, yang kini memegang status negeri pemerhati bukan anggota, yang diberikan pada November 2012.

NEW YORK CITY: PBB secara rasminya memperingati peristiwa Nakba Palestin atau peristiwa ‘bencana’ buat pertama kali pada Isnin, semalam.

Presiden Mahmoud Abbas memberitahu wakil negara anggota PBB bahawa rakyatnya mempunyai hak untuk hidup dalam kebebasan dan bermaruah di dalam negara merdeka mereka sendiri.

Menurut laporan Arab News, beliau menyeru agar Palestin diberikan keahlian penuh PBB, yang kini memegang status negara pemerhati bukan anggota, yang diberikan pada November 2012.

Selain itu, beliau juga menggesa pertubuhan dunia itu untuk menggantung keahlian Israel dalam PBB jika ia terus mengabaikan resolusi PBB yang mengutuk pendudukan wilayah Palestin dan pembinaan penempatan Israel di tanah Palestin, yang dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Mahmoud berkata demikian semasa mesyuarat Jawatankuasa Khas Pelaksanaan Hak-hak Rakyat Palestin yang Tidak Boleh Dipisahkan bagi memperingati ulang tahun ke-75 Nakba.

‘Nakba’ adalah perkataan yang digunakan rakyat Palestin untuk menggambarkan pemindahan besar-besaran dari tanah mereka apabila negara haram Israel ditubuhkan pada 1948.

Antara tahun 1947 dan 1949, kira-kira 750,000 rakyat Palestin daripada 1.9 juta penduduk dipaksa keluar dari bandar dan kampung mereka, yang diambil alih pendatang Yahudi. 

Kebanyakan warga Palestin melarikan diri ke negara jiran di mana mereka menetap sebagai pelarian.

PBB mengambil resolusi tahun ini untuk memperingati peristiwa Nakba secara rasmi buat kali pertama, walaupun terdapat 30 negara yang mengundi menentangnya. 

Mahmoud menuntut Israel dan negara penyokong utamanya iaitu United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), mengakui tanggungjawab mereka terhadap Nakba, meminta maaf kepada rakyat Palestin dan memberi pampasan kepada mereka.

Beliau berkata rakyat Palestin telah menerima hak Israel untuk wujud di atas 78 peratus tanah Palestin dari segi sejarah yang membentuk Israel.

Kini ia hanya menuntut agar mereka dibenarkan menubuhkan negeri sendiri di wilayah yang diduduki di Tebing Barat dan Gaza Strip. 

Semasa Perang Arab-Israel 1967, Israel menduduki Palestin dan wilayah Arab yang lain.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *