Connect with us

Antarabangsa

PBB gesa semua negara ada sistem amaran awal bencana

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa semua negara di seluruh dunia untuk merancang sistem penggera amaran awal menjelang tahun 2027 sebagai usaha mengelak kematian akibat bencana yang berlaku.

Wartawan TMT

Published

on

PBB gesa semua negara ada sistem amaran awal bencana
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa semua negara di seluruh dunia merancang sistem penggera amaran awal menjelang tahun 2027 sebagai usaha mengelak kematian akibat bencana.
  • Ini berikutan, dilaporkan kejadian bencana alam berkaitan cuaca melonjak sejak 50 tahun lalu hingga menyebabkan kerosakan ekonomi teruk.
  • Ini berikutan, dilaporkan kejadian bencana alam berkaitan cuaca melonjak sejak 50 tahun lalu hingga menyebabkan kerosakan ekonomi yang teruk.

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa semua negara di seluruh dunia untuk merancang sistem penggera amaran awal menjelang tahun 2027 sebagai usaha mengelak kematian akibat bencana yang berlaku.

Ini berikutan, dilaporkan kejadian bencana alam berkaitan cuaca melonjak sejak 50 tahun lalu hingga menyebabkan kerosakan ekonomi yang teruk.

Cuaca melampau, iklim dan kejadian berkaitan air mencetuskan 11,778 bencana yang dilaporkan berlaku antara tahun 1970 dan 2021, angka baharu daripada Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) PBB.

Bencana itu mengorbankan lebih dua juta orang dan menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak AS$4.3 trilion (RM19.5 trilion).

Malah, laporan itu mendapati lebih 90 peratus kematian yang dilaporkan di seluruh dunia akibat bencana dalam tempoh 51 tahun berlaku di negara membangun.

Ketua WMO, Petteri Taalas, berkata komuniti adalah golongan paling terdedah menanggung beban cuaca, iklim dan bahaya berkaitan air.

“Sistem amaran awal yang lebih baik dan pengurusan bencana yang diselaraskan dilihat berjaya mengurangkan jumlah korban manusia dengan ketara,” katanya.

Dalam laporan WMO yang dikeluarkan dua tahun lalu meliputi kematian dan kerugian berkaitan bencana antara 1970 dan 2019, ia menyaksikan lebih daripada 50,000 kematian setiap tahun.

Menjelang 2010-an, jumlah kematian akibat bencana menurun kepada di bawah 20,000 setiap tahun.

Dalam kemas kini laporan itu, WMO berkata seramai 22,608 kematian akibat bencana direkodkan secara global pada tahun 2020 dan 2021.

Susulan itu, Kongres Meteorologi Sedunia yang berlangsung hari ini turut menyokong rancangan itu memandangkan sehingga kini, hanya separuh daripada negara mempunyai sistem sedemikian. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Senator Muslimah Australia pertahan Palestin letak jawatan Parti Buruh

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Senator Muslimah Australia, Fatima Payman
  • Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.
  • Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.
  • Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.
  • “Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.
  • Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.

Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.

“Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.

Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

“Keluarga saya tidak melarikan diri dari negara yang dilanda perang untuk datang ke sini sebagai pelarian bagi saya berdiam diri apabila melihat kekejaman dikenakan kepada orang yang tidak bersalah,” katanya.

Payman akan terus berada di Senat sebagai wakil bebas. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending