Connect with us

Antarabangsa

OCD ditemui sarjana Islam sejak 1,000 tahun lalu – Pakar Psikiatri Muslim

Seorang pakar psikiatri Muslim mendedahkan Gangguan Obsesif Kompulsif atau OCD ditemui sarjana Islam sejak 1,000 tahun lalu di mana dalam bidang psikologi moden ia menyerupai Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

OCD ditemui sarjana Islam sejak 1,000 tahun lalu – Pakar Psikiatri Muslim
Foto: Dr Rania Awaad.
  • Seorang pakar psikiatri Muslim mendedahkan Gangguan Obsesif Kompulsif atau OCD ditemui sarjana Islam sejak 1,000 tahun lalu di mana dalam bidang psikologi moden ia menyerupai Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM).
  • Pendedahan Dr Rania Awaad itu susulan pembacaan dan terjemahan beliau ke atas kitab ‘Sustenance of the Soul’ karangan sarjana Islam abad ke-9, Abu Zayd Al-Balkhi.
  • Menerusi video di akaun Instagram @onepathnetwork, Dr Rania Awaad menceritakan semasa membaca buku itu beliau tertarik dengan salah satu bab di dalamnya yang kelihatan seperti OCD sebelum memilih untuk menerjemahkannya selepas didorong profesor beliau.
  • “Dan saya membuat perbandingan antara DSM 5 dan antara kriteria (dicatatkan) Al-Balkhi untuk obsesi. (memposisikan penulisan) sebelah-menyebelah, anda boleh lihat dia mendapat setiap mata betul,” – Dr Rania Awaad 

Seorang pakar psikiatri Muslim mendedahkan Gangguan Obsesif Kompulsif atau OCD ditemui sarjana Islam sejak 1,000 tahun lalu di mana dalam bidang psikologi moden ia menyerupai Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM).

Pendedahan Dr Rania Awaad itu susulan pembacaan dan terjemahan beliau ke atas kitab ‘Sustenance of the Soul’ karangan sarjana Islam abad ke-9, Abu Zayd Al-Balkhi.

Menerusi video di akaun Instagram @onepathnetwork, Dr Rania Awaad menceritakan semasa membaca buku itu beliau tertarik dengan salah satu bab di dalamnya yang kelihatan seperti OCD sebelum memilih untuk menerjemahkannya selepas didorong profesor beliau.

Foto: Persamaan diagnosis penyakit OCD antara buku DSM-5 Classification(2013) dengan Al-Balkhi Criteria for Obsession(Kurun ke-9).

“Sesuatu sangat menarik semasa saya menulis, ia mengingatkan saya tentang cara ia ditulis dalam DSM yang merupakan manual bagi pakar psikiatri atau ahli psikologi mendiagnosis.

“Dan saya membuat perbandingan antara DSM 5 dan antara kriteria (dicatatkan) Al-Balkhi untuk obsesi. (memposisikan penulisan) sebelah-menyebelah, anda boleh lihat dia mendapat setiap mata betul,” katanya.

Dr Rania Awaad memberitahu beliau menemui profesornya untuk menunjukkan hasil penemuan itu dan ia disambut baik.

Malahan profesornya menyarankan beliau menerbitkannya.

“Bagaimana Balkhi menjadi antara yang pertama dalam sejarah memahami, mengklasifikasikan, diagnosis dan merawat Gangguan Obsesif Kompulsif.

“Kita umat Islam juga harus berbangga dengan warisan ini dan memahaminya serta dapat menulis semula dengan naratif betul dalam memastikan umat Islam menjadi sebahagian daripada sejarah psikologi dan manfaatnya akan berterusan,” katanya.

Sumber: Onepath Network

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *