Antarabangsa
(VIDEO) Nekad tinggal isteri & anak kerana mahu hidup sebagai kanak-kanak perempuan
Seorang lelaki di Kanada nekad meninggalkan isteri dan tujuh anaknya semata-mata mahu menjadi seorang wanita berusia enam tahun, demikian lapor Independent.

- Stefonknee Wolschtt, 54, meninggalkan isteri dan tujuh anaknya semata-mata mahu menjadi seorang wanita berusia enam tahun di Kanada.
- Dia mengambil keputusan itu selepas isterinya memberi pilihan sama ada mahu berhenti menjadi transgender atau bercerai.
- Dia kini hidup bersama keluarga angkat yang dia katakan “sangat selesa dengan saya sebagai seorang gadis kecil”.
Seorang lelaki di Kanada nekad meninggalkan isteri dan tujuh anaknya semata-mata mahu menjadi seorang wanita berusia enam tahun, demikian lapor Independent.
Stefonknee (disebut ‘Stephanie) Wolschtt, 54, hidup berumahtangga selama 23 tahun sebelum membuat keputusan untuk mengubah jantina
Dia yang “enggan menjadi dewasa” itu kini hidup bersama keluarga angkatnya.
“Saya tidak boleh nafikan saya pernah berkahwin, Saya tidak boleh nafikan saya ada anak. Tapi saya sudah teruskan hidup dan kembali menjadi kanak-kanak,” kata Stefonkee dalam satu video terbitan Daily Xtra.
Beliau berkata isterinya tidak boleh menerima perubahan jantinanya itu dan memberinya pilihan sama ada berhenti menjadi transgender atau bercerai.
Stefonkee yang merasakan mustahil untuk berhenti menjadi transgender itu akhirnya memilih untuk meninggalkan keluarganya.
View this post on Instagram
Dia kini hidup bersama keluarga angkat yang dikatakan “sangat selesa dengan saya sebagai seorang gadis kecil”.
Menurutnya, cucu bongsu kepada ibu bapa angkatnya itu sangat menginginkan seorang adik perempuan.
Oleh itu, dia memutuskan yang dirinya perlu menjadi lebih muda dari cucu ibu bapa angkatnya itu.
“Kami sangat gembira meluangkan masa bersama. Kami mewarna dan melakukan aktiviti kanak-kanak.
“Ia dipanggil terapi bermain. Tiada ubat, tiada pemikiran untuk bunuh diri. Dan saya hanya boleh bermain,” katanya.
Dalam video terdahulu, Stefonkee ada menceritakan yang dia pernah cuba membunuh diri dan dirawat di hospital.
Dia mengalami perkara itu sebulan selepas menyertai perarakan transgender pertama di Toronto pada Mac 2009.
Susulan itu, dia kini menerima sokongan Gereja Komuniti Metropolitan Toronto di mana jemaah itu kebanyakannya terdiri daripada golongan LGBT.
Sumber: Independent
