Connect with us

Antarabangsa

NATO mahu bertapak di rantau Asia

Tokyo dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengadakan rundingan bagi membolehkan NATO membuka pejabat perhubungan di Jepun sekali gus yang pertama seum­pamanya di benua Asia, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Wartawan TMT

Published

on

NATO mahu bertapak di rantau Asia
Foto: Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi (kiri) dan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg (kanan).
  • Tokyo dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengadakan rundingan bagi membolehkan NATO membuka pejabat perhubungan di Jepun sekali gus yang pertama seum­pamanya di benua Asia, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.
  • Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi dalam satu temu bual eksklusif bersama CNN berkata, pencerobohan Russia ke atas Ukraine menjadikan dunia kini tidak stabil.
  • “Kami sedang berbincang, namun butiran lanjut belum dimuktamadkan,” katanya kelmarin, seminggu menjelang sidang kemuncak negara-negara maju Kumpulan Tujuh (G7) yang dipengerusikan Jepun di Hiroshima
  • Hayashi secara spesifik memetik perang di Ukraine sebagai peristiwa yang mana impaknya melangkaui sempadan Eropah dan memaksa Jepun memikirkan semula keselamatan serantau.

TOKYO: Tokyo dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengadakan rundingan bagi membolehkan NATO membuka pejabat perhubungan di Jepun sekali gus yang pertama seum­pamanya di benua Asia, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi dalam satu temu bual eksklusif bersama CNN berkata, pencerobohan Russia ke atas Ukraine menjadikan dunia kini tidak stabil.

“Kami sedang berbincang, namun butiran lanjut belum dimuktamadkan,” katanya kelmarin, seminggu menjelang sidang kemuncak negara-negara maju Kumpulan Tujuh (G7) yang dipengerusikan Jepun di Hiroshima

Hayashi secara spesifik memetik perang di Ukraine sebagai peristiwa yang mana impaknya melangkaui sempadan Eropah dan memaksa Jepun memikirkan semula keselamatan serantau.

“Sesuatu yang berlaku di Eropah Timur (perang Ukraine) bukan sahaja membabitkan rantau berkenaan, bahkan ia memberi kesan langsung kepada ­situasi di rantau Pasifik.

“Oleh kerana itu, kerjasama antara Asia Timur dan NATO menjadi semakin penting,” jelasnya.

Tambah Hayashi, Jepun bukan anggota pakatan NATO, namun langkah tersebut memberi isyarat kerjasama rapat rakan-rakan blok tentera berkenaan di Asia Pasifik.

Pembukaan pejabat perhubungan NATO di Jepun sekiranya diluluskan, merupakan perkembangan penting kepada sekutu Barat tersebut di tengah-tengah krisis geopolitik. Langkah tersebut bagaimanapun mengundang kritikan dan kemarahan Beijing.

“Benua Asia adalah lokasi terbaik bagi melaksanakan kerjasama dan pusat pembangunan keamanan. Ia tidak wajar menjadi platform kepada sesiapa yang mahu memulakan konfrontasi geopolitik.

“Tindakan NATO yang mendesak dan mencampuri hal ehwal rantau Pasifik akan menjejaskan keamanan serta kestabilan rantau ini,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning.

NATO mempunyai pejabat perhubungan di beberapa negara lain termasuk Ukraine dan Austria. – Agensi

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Malaysia boleh ikut jejak Australia haramkan penjualan vape di luar farmasi

Malaysia boleh mengikuti jejak Australia mengharamkan penjualan vape di luar farmasi sekiranya ia mahu berbuat demikian.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Doktor Farmasi Klinikal, Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed.
  • Malaysia boleh mengikuti jejak Australia mengharamkan penjualan vape di luar farmasi sekiranya ia mahu berbuat demikian.
  • Doktor Farmasi Klinikal, Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed bagaimanapun berkata produk berkenaan perlu didaftar dan dikawal selia di bawah National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) sebagai produk berhenti merokok.
  • “Kalau kita nak ikut Australia, kita dah ada kita punya regulations. Kalau nak apa-apa produk pun digunakan untuk berhenti merokok, produk tersebut perlu diluluskan dahulu oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • “Jadi kalau dia (penjual mengesyorkan) gunakan untuk tujuan membantu orang berhenti merokok, jadi daftarkanlah produk dia, produk rokok elektronik tu.
  • “Jadi bila dah daftar, bolehlah dijual di bawah kategori apa yang bersesuaian itu (yang) akan ditentukan pihak KKM berdasarkan bukti kajian klinikal yang dijalankan berdasarkan kepada tahap keselamatan, keberkesanan dan kualiti produk itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.
  • Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan Australia melarang penjualan vape di luar farmasi berkuatkuasa semalam.

KUALA LUMPUR – Malaysia boleh mengikuti jejak Australia mengharamkan penjualan vape di luar farmasi sekiranya ia mahu berbuat demikian.

Doktor Farmasi Klinikal, Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed bagaimanapun berkata produk berkenaan perlu didaftar dan dikawal selia di bawah National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) sebagai produk berhenti merokok.

NPRA adalah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kalau kita nak ikut Australia, kita dah ada kita punya regulations. Kalau nak apa-apa produk pun digunakan untuk berhenti merokok, produk tersebut perlu diluluskan dahulu oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jadi kalau dia (penjual mengesyorkan) gunakan untuk tujuan membantu orang berhenti merokok, jadi daftarkanlah produk dia, produk rokok elektronik tu.

“Jadi bila dah daftar, bolehlah dijual di bawah kategori apa yang bersesuaian itu (yang) akan ditentukan pihak KKM berdasarkan bukti kajian klinikal yang dijalankan berdasarkan kepada tahap keselamatan, keberkesanan dan kualiti produk itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan Australia melarang penjualan vape di luar farmasi berkuatkuasa semalam.

Semalam, Australia menjadi negara pertama menguatkuasakan pengharaman penjualan vape di luar farmasi yang menyaksikan pembuatan, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan tempatan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik, dilarang di bawah langkah pembaharuan itu.

Menurut undang-undang baharu itu, penguatkuasaan akan menyasarkan individu dan peniaga penjual vape, bukannya penggunanya.

Hukuman berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan. 

Semakan TMT menerusi enjin carian di laman sesawang NPRA setakat ini menunjukkan tiada produk vape berdaftar di bawah agensi kawalselia farmaseutikal kebangsaan Malaysia itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending