Connect with us

Antarabangsa

Mesir jadi orang tengah hentikan serangan ganas Israel ke atas Gaza

Mesir memulakan langkah sebagai ‘orang tengah’ untuk menamatkan pertempuran rentas sempadan selama dua hari di Semenanjung Gaza, yang menyaksikan serangan pengganas Israel terhadap kumpulan Jihad Islam dan pejuang Palestin di wilayah itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mesir jadi orang tengah hentikan serangan ganas Israel ke atas Gaza
Foto: Bangunan runtuh akibat serangan udara Israel.
  • Mesir memulakan langkah sebagai orang tengah menamatkan pertempuran rentas sempadan selama dua hari di Semenanjung Gaza, menyaksikan serangan pengganas Israel terhadap kumpulan Jihad Islam dan pejuang Palestin di wilayah itu.
  • Pusingan kedua pertempuran rentas sempadan berlaku selepas Israel melancarkan serangan, sehingga mengorbankan 12 orang termasuk tiga komander Jihad Islam. 
  • Susulan perkembangan itu, Kaherah mengambil inisiatif menjadi pengantara untuk melaksanakan gencatan senjata.

KAHERAH – Mesir memulakan langkah sebagai ‘orang tengah’ untuk menamatkan pertempuran rentas sempadan selama dua hari di Semenanjung Gaza, yang menyaksikan serangan pengganas Israel terhadap kumpulan Jihad Islam dan pejuang Palestin di wilayah itu.

Pusingan kedua pertempuran rentas sempadan berlaku selepas Israel melancarkan serangan pada Selasa, sehingga mengorbankan 12 orang termasuk tiga komander Jihad Islam.

Susulan perkembangan itu, Kaherah mengambil inisiatif menjadi pengantara untuk melaksanakan gencatan senjata, kata jurucakap Jihad Islam, Dawoud Shehab.

Menteri Luar Israel, Eli Cohen berkata, pihaknya sedang meneliti cadangan Mesir itu.

Difahamkan, lebih 300 roket dilancarkan dengan 66 daripadanya dipintas di Gaza, kata jurucakap tentera.

Tentera mendakwa, serangan itu hanya ditujukan kepada sasaran yang dikaitkan dengan kumpulan Jihad Islam – pertubuhan berpangkalan di Iran dan Gaza yang semakin aktif di Tebing Barat sejak setahun lalu.

Setakat ini, 21 kematian dilaporkan membabitkan lima wanita dan lima kanak-kanak Palestin, selain tiga komander kanan Jihad Islam serta empat lelaki sejak siri serangan tercetus pada Selasa.

Antara mangsa korban terbaharu pada Rabu adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, namun keadaan kematiannya tidak dijelaskan.- Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *