Connect with us

Terkini

Malaysia utuh menentang rejim aparteid Zionis Israel

Bagi memperingati ulang tahun Nakba yang ke-75, Malaysia mengulangi komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dalam menentang kebijakan imperialisme rejim aparteid Zionis Israel yang rakus dan menginjak prinsip kemanusiaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Malaysia utuh menentang rejim aparteid Zionis Israel
Foto: Penunjuk perasaan di depan bas lama yang digunakan oleh orang Palestin sebelum 1948, dalam bantahan sempena hari Nakba di Ramallah Tebing Barat.
  • Bagi memperingati ulang tahun Nakba yang ke-75, Malaysia mengulangi komitmen tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dalam menentang kebijakan imperialisme rejim aparteid Zionis Israel yang rakus dan menginjak prinsip kemanusiaan.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia berpegang teguh dalam pendirian mengutuk pendudukan haram Israel ke atas wilayah Palestin diceroboh, serta penindasan ke atas rakyat Palestin menghalang mereka daripada mendapatkan hak sebagai rakyat yang sah dan mutlak.
  • “Malaysia menyeru komuniti antarabangsa untuk bersama-sama bagi memastikan ada noktah ke atas penindasan yang dipaksakan ke atas warga Palestin.
  • “Masanya telah tiba untuk kita menggalang kekuatan dengan matlamat menamatkan ketidakadilan dan mempaculkan keadilan serta kesaksamaan,” katanya di media sosial semalam.

KUALA LUMPUR: Bagi memperingati ulang tahun Nakba yang ke-75, Malaysia mengulangi komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dalam menentang kebijakan imperialisme rejim aparteid Zionis Israel yang rakus dan menginjak prinsip kemanusiaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia berpegang teguh dalam pendirian mengutuk pendudukan haram Israel ke atas wilayah Palestin yang diceroboh, serta penindasan ke atas rakyat Palestin yang menghalang mereka daripada mendapatkan hak sebagai rakyat yang sah dan mutlak.

Katanya, Malaysia selaku ahli dan Naib Pengerusi Committee on the Exercise of the Inalienable Rights of the Palestinian People (CEIRPP) yang menganjurkan acara memperingati Nakba ini juga menggesa Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memastikan Israel bertanggungjawab terhadap kekejaman yang jelas dan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB saban tahun.

“Malaysia menyeru komuniti antarabangsa untuk bersama-sama bagi memastikan ada noktah ke atas penindasan yang dipaksakan ke atas warga Palestin.

“Masanya telah tiba untuk kita menggalang kekuatan dengan matlamat menamatkan ketidakadilan dan mempaculkan keadilan serta kesaksamaan,” katanya di media sosial semalam.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *