Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah Agung Pakistan isytihar penahanan Imran Khan tidak sah

Mahkamah Agung Pakistan semalam mengisytiharkan penahanan bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tidak sah selepas penahanannya tiga hari lalu mencetuskan protes ganas di seluruh negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah Agung Pakistan isytihar penahanan Imran Khan tidak sah
Foto: Bekas perdana menteri Pakistan, Imran Khan.
  • Mahkamah Agung Pakistan semalam mengisytiharkan penahanan bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tidak sah susulan penahanannya tiga hari lalu mencetuskan protes ganas di seluruh negara.
  • Imran ditahan Selasa lalu atas tuduhan rasuah sebelum direman dalam tahanan. 
  • Terdahulu beliau difahamkan melancarkan kempen menentang penubuhan tentera Pakistan.
  • Ketua Hakim Pakistan, Umar Ata Bandial mengarahkan pihak polis membawa Imran Khan ke Mahkamah Agung sebagai tindak balas kepada petisyen oleh parti politiknya yang mencabar penahanan itu.
  • “Penangkapan anda (Imran Khan) adalah tidak sah, maka keseluruhan proses perlu dibatalkan,” katanya.

ISLAMABAD: Mahkamah Agung Pakistan semalam mengisytiharkan penahanan bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tidak sah selepas penahanannya tiga hari lalu mencetuskan protes ganas di seluruh negara.

Imran ditahan Selasa lalu atas tuduhan rasuah sebelum direman dalam tahanan. Terdahulu beliau difahamkan melancarkan kempen menentang penubuhan tentera Pakistan.

Sementara itu, Ketua Hakim Pakistan, Umar Ata Bandial mengarahkan pihak polis membawa Imran Khan ke Mahkamah Agung sebagai tindak balas kepada petisyen oleh parti politiknya yang mencabar penahanan itu.

“Penangkapan anda (Imran) adalah tidak sah, maka keseluruhan proses perlu dibatalkan,” katanya.

Imran juga memberitahu mahkamah bahawa dia dilayan seperti pengganas.

Pasukan keselamatan berkawal di jalan raya di seluruh Pakistan semalam dan menahan penyokong Imran Khan.

Beberapa ribu penyokong parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan yang berang melakukan rusuhan selama dua hari di seluruh kawasan bandar dengan membakar bangunan dan menyekat jalan raya, manakala sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan maut sejak Selasa.

Menurut polis, ratusan anggota polis dilaporkan cedera dan lebih 2,000 orang ditangkap, kebanyakannya mereka yang berada di wilayah Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa.

Sekurang-kurangnya lapan pegawai daripada pimpinan pusat PTI yang dituduh mendalangi protes turut ditahan. Pasukan keselamatan bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi menamatkan orang ramai daripada merusuh.

Perusuh yang melakukan protes di Karachi dikepung oleh pihak keselamatan, manakala di Islamabad pula pihak polis memukul penyokong PTI yang telah digari.

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *