Antarabangsa
Lelaki warga emas datang mengadu ‘bising’ di masjid, tapi pulang sebagai Muslim
Seorang lelaki warga emas Australia datang ke masjid untuk mengadu tentang ‘bunyi kuat’ semasa jemaah sedang menunaikan solat.
- Seorang lelaki warga emas Australia datang ke masjid untuk mengadu tentang ‘bunyi kuat’ semasa jemaah sedang menunaikan solat hari raya.
- Namun, dia pulang dengan memeluk Islam setelah berbual dengan jemaah Islam yang hadir di masjid itu.
- Insiden menyayat hati itu dirakam dalam video yang menunjukkan lelaki itu mengisytiharkan kepercayaan baharunya dalam bahasa Inggeris dan Arab sebelum menangis.
- Seorang pendakwah Islam yang aktif di Australia, Haj Hussin Goss berkongsi klip itu di akaun Facebooknya, menulis: “Selamat datang ke Islam saudara kita pada hari raya ini. Abang ini datang pagi hari raya mengadu bising dan pulang sebagai seorang Muslim. Allah Maha Besar.”
Seorang lelaki warga emas Australia datang ke masjid untuk mengadu tentang ‘bunyi kuat’ semasa jemaah sedang menunaikan solat.
Namun, dia pulang dengan memeluk Islam setelah berbual dengan jemaah Islam yang hadir di masjid itu.
Menurut laporan The Kashmir Monitor, insiden menyayat hati itu dirakam dalam video yang menunjukkan lelaki itu mengisytiharkan kepercayaan baharunya dalam bahasa Inggeris dan Arab sebelum menangis.
Seorang pendakwah Islam yang aktif di Australia, Haj Hussin Goss berkongsi klip itu di akaun Facebooknya, menulis: “Selamat datang ke Islam saudara kita pada hari raya ini. Abang ini datang pagi hari raya mengadu bising dan pulang sebagai seorang Muslim. Allah Maha Besar.”
Pada awal klip itu, Hussin berkata seorang lelaki tua bernama Brian, yang tinggal di rumah orang tua berhampiran masjid Gold Coast, datang kepadanya mengadu tentang bunyi kuat solat hari raya yang kedengaran melalui pembesar suara.
Hussin kemudian duduk bersama Brian selama 10 hingga 15 minit untuk bercakap dengannya.
Brian menjadi yakin dengan Islam selepas pertemuan dengan pendakwah itu lalu membuat keputusan sukarela memeluk Islam. – Agensi
Sumber: The Kashmir Monitor