Antarabangsa
Lelaki transgender ditangkap selepas bogel di hadapan sekolah, ancam jangkiti HIV
Empat pegawai polis menahan seorang lelaki transgender selepas dia didakwa membuat gangguan di hadapan sebuah sekolah awam di Milan, Itali pada minggu lepas.
- Empat pegawai polis menahan seorang lelaki transgender selepas dia didakwa membuat gangguan di hadapan sebuah sekolah awam di Milan, Itali pada minggu lepas.
- Insiden itu berlaku pagi Rabu sebaik kanak-kanak memasuki Istituto Comprensivo Casa Del Sole, sebuah sekolah rendah berhampiran Taman Trotter.
- Lelaki trans itu, yang merupakan seorang warga Brazil, dilaporkan mendedahkan kemaluannya di hadapan kanak-kanak ketika mereka sedang memasuki kelas.
- Menurut laporan Il Giorno, suspek mula melaungkan kata-kata lucah kepada orang ramai di hadapan sekolah mengatakan dia akan “menjangkiti mereka dengan darahnya” dan mengesahkan positif HIV sebelum ditahan polis.
ITALI – Empat pegawai polis menahan seorang lelaki transgender selepas dia didakwa membuat gangguan di hadapan sebuah sekolah awam di Milan, Itali pada minggu lepas.
Menurut laporan Reduxx, aktivis trans menyifatkan penangkapan itu sebagai ‘transfobik’ dan mendakwa polis menggunakan kekerasan tidak wajar ke atas “wanita trans yang tidak bersenjata.”
Insiden itu berlaku pagi Rabu sebaik kanak-kanak memasuki Istituto Comprensivo Casa Del Sole, sebuah sekolah rendah berhampiran Taman Trotter.
Lelaki trans itu, yang merupakan seorang warga Brazil, dilaporkan mendedahkan kemaluannya di hadapan kanak-kanak ketika mereka sedang memasuki kelas.
Lelaki trans itu, yang identitinya belum disahkan, dilaporkan tidak menetap di Itali.
Menurut laporan Il Giorno, suspek mula melaungkan kata-kata lucah kepada orang ramai di hadapan sekolah mengatakan dia akan “menjangkiti mereka dengan darahnya” dan mengesahkan dia positif HIV.
Susulan itu, pegawai polis dipanggil ke tempat kejadian kira-kira jam 8:15 pagi dan tiba dengan sokongan ambulans.
Pegawai polis kemudiannya menahan lelaki itu dan meletakkannya di dalam kenderaan polis untuk membawanya ke balai terdekat.
Semasa di dalam kereta, warga Brazil itu dilaporkan cuba mencederakan diri sendiri dengan pin rambut untuk membuatkan dirinya berdarah dan mendakwa dia mahu “menjangkiti semua orang” dengan penyakit HIV/AIDS.
Tidak lama kemudian, polis memberhentikan kenderaan itu selepas melihat lelaki yang dikenali transgender itu ‘rebah’ di tempat duduk belakang.
TG LA7 melaporkan pegawai polis terbabit keluar dari kereta dan membuka pintu belakang untuk memeriksa suspek, namun diserang dengan ganas.
Suspek, yang memalsukan kecederaan untuk memaksa kereta itu berhenti, menendang seorang pegawai dan berlari, mengakibatkan aksi kejar-mengejar secara berjalan kaki.
Namun apabila salah seorang pegawai berjaya menangkapnya, suspek cuba menyerang dengan ganas, menolak pegawai itu ke tanah dan terus berlari.
Il Giorno juga melaporkan pegawai polis lain melompat ke atas skuter orang awam untuk mengejar suspek, menggunakan semburan lada untuk menghentikannya.
Pegawai kemudiannya memukul lelaki itu menggunakan baton mereka selepas akhirnya berjaya mengepung suspek di tempat parkir kereta.
Sumber: Reduxx