Antarabangsa
Legenda tenis wanita selar kemenangan lelaki transgender dalam sukan berbasikal wanita
Legenda tenis, Martina Navratilova menyelar kejayaan pelumba basikal transgender Austin Killips pada perlumbaan jalan raya wanita antarabangsa Ahad lalu.

- Legenda tenis, Martina Navratilova menyelar kejayaan pelumba basikal transgender Austin Killips pada perlumbaan jalan raya wanita antarabangsa Ahad lalu.
- Killips yang lahir sebagai lelaki memenangi kategori keseluruhan wanita pada acara Jelajah Gila di New Mexico dan merangkul jersi Ratu Pergunungan.
- Kemenangan itu mendapat kecaman teruk dan Navratilova memberi amaran semakin ramai atlet transgender lelaki akan mendominasi sukan wanita.
NEW MEXICO – Legenda tenis, Martina Navratilova menyelar kejayaan pelumba basikal transgender Austin Killips pada perlumbaan jalan raya wanita antarabangsa Ahad lalu.
Mail Online melaporkan Killips yang lahir sebagai lelaki merangkul gelaran dalam kategori keseluruhan wanita pada acara Jelajah Gila di New Mexico.
Dia menjadi transgender pertama memenangi acara rasmi Union Cycliste Internationale (UCI) dan merangkul jersi Ratu Pergunungan yang membawa kepada kecaman teruk.
Navratilova berkata sukan wanita ‘bukan tempat untuk atlet lelaki transgender’ menerusi satu ciapan di Twitter.
“Ini akan berlaku lebih banyak dan banyak- sukan wanita BUKAN TEMPAT untuk atlet lelaki transgender,” katanya.
Dalam pada itu, bekas pemain tenis tersebut memberi amaran semakin ramai atlet transgender akan mendominasi sukan wanita.
Sumber: Mail Online
