Antarabangsa
Lebih 843,000 penduduk Sudan hilang tempat tinggal – IOM
Kira-kira 843,130 penduduk Sudan hilang tempat tinggal sejak bermulanya konflik, kata Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), pada Rabu.
- Kira-kira 843,130 penduduk Sudan hilang tempat tinggal sejak bermulanya konflik, kata Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), pada Rabu.
- IOM dalam satu kenyataan memberi amaran 1.8 juta lagi penduduk dijangka hilang tempat tinggal jika perang berlarutan, lapor Agensi Anadolu.
- Mereka menyatakan terdapat 1.1 juta pelarian dan 3.8 juta penduduk hilang tempat tinggal di negara itu, sebelum konflik.
- Walaupun hampir 259,000 orang melarikan diri dari Sudan ke negara berhampiran, IOM berkata, lebih sejuta pelarian dan migran yang terjejas oleh konflik mungkin berpindah ke negara jiran, jika konflik berterusan.
GENEVA: Kira-kira 843,130 penduduk Sudan hilang tempat tinggal sejak bermulanya konflik, kata Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), pada Rabu.
IOM dalam satu kenyataan memberi amaran 1.8 juta lagi penduduk dijangka hilang tempat tinggal jika perang berlarutan, lapor Agensi Anadolu.
Mereka menyatakan terdapat 1.1 juta pelarian dan 3.8 juta penduduk hilang tempat tinggal di negara itu, sebelum konflik.
Walaupun hampir 259,000 orang melarikan diri dari Sudan ke negara berhampiran, IOM berkata, lebih sejuta pelarian dan migran yang terjejas oleh konflik mungkin berpindah ke negara jiran, jika konflik berterusan.
Menurut pertubuhan itu, bantuan kemanusiaan dipercayai diperlukan oleh lebih 25.7 juta orang dari dalam dan luar Sudan.
IOM juga mewujudkan pelan tindak balas dan membuat rayuan untuk US$209 juta bagi menyediakan bantuan kemanusiaan kritikal kepada mereka yang terjejas oleh krisis.
Rayuan itu termasuk keperluan mendesak sebanyak US$105 juta untuk Sudan dan US$104 juta lagi untuk respons di Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Sudan Selatan dan Ethiopia, katanya.
“Situasi kemanusiaan semasa di Sudan yang paling teruk yang pernah dialami negara itu.
“Berjuta-juta penduduk amat memerlukan bantuan asas seperti air, makanan dan tempat tinggal. Jika kita tidak bertindak sekarang, rakyat Sudan akan menghadapi malapetaka kemanusiaan yang tidak dapat dielakkan,” kata Ketua Pengarah IOM Antonio Vitorino dalam kenyataan.
Sumber: Berita Harian