Antarabangsa
Lebih 2,000 tahanan dapat pengampunan junta
Junta Myanmar hari ini mengumumkan pengampunan kepada lebih 2,000 tahanan yang dipenjara di bawah undang-undang yang menjenayahkan perbezaan pendapat terhadap ketenteraan.
- Junta Myanmar hari ini mengumumkan pengampunan kepada lebih 2,000 tahanan yang dipenjara di bawah undang-undang yang menjenayahkan perbezaan pendapat terhadap ketenteraan.
- Dalam kenyataan, Junta memaklumkan “2,153 tahanan yang dihukum di bawah Kanun Keseksaan 505 (a) diberi pengampunan sempena Hari Bulan Purnama Kasong” festival diraikan penganut Buddha.
- Undang-undang itu yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, digunakan secara meluas sebagai tindakan tegas Junta sejak pengambilalihan kuasa pada Februari 2021.
- “Pengampunan ini untuk ketenangan rakyat dan atas dasar kemanusiaan,” menurut kenyataan.
Yangon: Junta Myanmar hari ini mengumumkan pengampunan kepada lebih 2,000 tahanan yang dipenjara di bawah undang-undang yang menjenayahkan perbezaan pendapat terhadap ketenteraan.
Dalam kenyataan, Junta memaklumkan “2,153 tahanan yang dihukum di bawah Kanun Keseksaan 505 (a) diberi pengampunan sempena Hari Bulan Purnama Kasong” festival diraikan penganut Buddha.
Undang-undang itu yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, digunakan secara meluas sebagai tindakan tegas Junta sejak pengambilalihan kuasa pada Februari 2021.
“Pengampunan ini untuk ketenangan rakyat dan atas dasar kemanusiaan,” menurut kenyataan.
“Pesalah ulangan perlu menjalani baki hukuman dengan penalti tambahan,” tambah kenyataan itu.
Lebih 21,000 individu ditahan sejak tentera menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi, sekali gus menyebabkan negara berada dalam kekacauan, menurut kumpulan pemantau tempatan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula melaporkan sekurang-kurangnya 170 wartawan ditangkap dalam tempoh itu.
Menjadi kebiasaan Myanmar memberi pengampunan kepada ribuan banduan, yang menandakan cuti kebangsaan atau perayaan Buddha.
Sumber: Harian Metro