Antarabangsa
Lebih 17,000 tahanan wanita dipenjara Israel sejak 1967
Peningkatan jumlah tahanan wanita Palestin di penjara Israel semakin meningkat dan kini sudah mencecah 34 orang.
- Peningkatan jumlah tahanan wanita Palestin di penjara Israel semakin meningkat dan kini sudah mencecah 34 orang.
- Menurut Pusat Penyelidikan Penjara, tahanan wanita turut diberikan layanan buruk sepanjang menerima hukuman dengan pelbagai alasan.
- Sejak 1967, tentera pengganas Israel menahan lebih 17,000 tahanan wanita Palestin, termasuk 34 orang yang sehingga kini masih dipenjara – di mana kebanyakan mereka ditempatkan di sel uzur di Penjara Damon.
TEBING BARAT – Peningkatan jumlah tahanan wanita Palestin di penjara Israel semakin meningkat dan kini sudah mencecah 34 orang.
Menurut Pusat Penyelidikan Penjara, tahanan wanita turut diberikan layanan buruk sepanjang menerima hukuman dengan pelbagai alasan.
Sejak 1967, tentera pengganas Israel menahan lebih 17,000 tahanan wanita Palestin, termasuk 34 orang yang sehingga kini masih dipenjara – di mana kebanyakan mereka ditempatkan di sel uzur di Penjara Damon.
Pengarah Pusat Penyelidikan Penjara, Riyad Al-Ashqar mengesahkan enam banduan wanita dikenakan hukuman lebih 10 tahun, termasuk seorang remaja berusia 16 tahun, Nafooth Hammad.
Riyad mendedahkan, tiga daripada mereka iaitu Isra Al-Jaabis, Azhar Assaf dan Rajaa Karsou kini berdepan masalah kesihatan.
Selain itu, dua lagi tahanan remaja, Raghah Al -Fanni dan Rawsa Abu Ajamiyeh kini diletakkan di bawah penahanan pentadbiran.
Riyad berkata, tentera pengganas Israel secara kejam menyeksa tahanan wanita secara psikologi, dan menggesa masyarakat dunia memberi tekanan bagi membolehkan pembebasan mereka khususnya tahanan remaja.
Sumber: Ismaweb