Connect with us

Antarabangsa

Lagu Palestin ‘Ana Dammi Falastini’ dialih keluar dari Spotify, platform penstriman muzik utama

Lagu terkenal Palestin berjudul Ana Dammi Falastini (Darahku adalah Palestin) yang dialih keluar dari platform penstriman muzik utama mencetuskan kritikan peminat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Lagu Palestin ‘Ana Dammi Falastini’ dialih keluar dari Spotify, platform penstriman muzik utama
Foto: Penyanyi, Mohammed Assaf (kiri).
  • Lagu terkenal Palestin berjudul Ana Dammi Falastini nyanyian Mohammed Assaf dialih keluar dari platform penstriman muzik utama.
  • “Saya menerima e-mel rasmi mengenainya, dengan alasan lagu itu menghasut musuh Zionis, yang menjadikan saya lebih berbesar hati kerana lagu-lagu saya menyatakan penentangan rakyat Palestin terhadap penjajahan”. – Penyanyi Palestin, Mohammed Assaf.
  • Antara platform penstriman muzik lain yang menyingkirkan lagu Assaf, termasuklah Apple Music dan Deezer.
  • Ana Dammi Falastini merupakan lagu patriotik Palestin yang sering dimainkan di majlis dan acara kebudayaan.

Lagu terkenal Palestin berjudul Ana Dammi Falastini (Darahku adalah Palestin) yang dialih keluar dari platform penstriman muzik utama mencetuskan kritikan peminat.

Memetik laporan Middle East Eye, penyanyinya Mohammed Assaf mengakui terkejut menerima e-mel yang memaklumkan lagu itu dialih keluar atas sebab ia “menghasut menentang Israel”.

“Saya menerima e-mel rasmi mengenainya, dengan alasan lagu itu menghasut musuh Zionis, yang menjadikan saya lebih berbesar hati kerana lagu-lagu ini menyatakan penentangan rakyat Palestin terhadap penjajahan,” katanya.

Spotify selaku salah satu platform mengalih keluar lagu itu memberi kenyataan memaklumkan yang mereka sedang berusaha untuk mengembalikan lagu tersebut ke platform mereka.

“Penyingkiran beberapa kandungan Mohammed Assaf tidak ditentukan oleh Spotify, sebaliknya oleh pengedar. Kami menjangkakan pemulangannya dalam masa terdekat dan memohon maaf atas sebarang kesulitan,” kata Spotify menerusi jurucakap.

Antara platform lain yang menyingkirkan lagu Assaf, termasuklah Apple Music dan Deezer.

Penyanyi berusia 33 tahun yang berasal dari Gaza itu diwakili label Platinum Records, yang dimiliki syarikat hiburan MBC berpangkalan di Arab Saudi.

Pihak label rakaman masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu ini.

Ana Dammi Falastini merupakan sebuah lagu patriotik Palestin yang sering dimainkan di majlis dan acara kebudayaan.

Lagu itu didendangkan oleh Assaf yang menjuarai pertandingan Arab Idol musim kedua, sekaligus melonjakkan namanya dalam industri seni negara.

Sumber: Middle East Eye

Author