Connect with us

Antarabangsa

Lagi mayat mangsa pemujaan di Kenya ditemui, angka korban cecah 133

Polis Kenya pada Selasa menemui 21 mayat dari kubur di bandar Malindi, yang disyaki dijadikan tempat untuk aktiviti pemujaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lagi mayat mangsa pemujaan di Kenya ditemui, angka korban cecah 133
Foto: Sebanyak 133 mayat dijumpai sejak penemuan kubur besar di hutan Shakahola pada akhir bulan lalu.
  • Polis Kenya menemui 21 mayat dari kubur di bandar Malindi, disyaki dijadikan tempat untuk aktiviti pemujaan.
  • Polis berkata, setakat ini, 133 mayat dijumpai sejak penemuan kubur besar itu di sebidang tanah di hutan Shakahola pada akhir bulan lalu.
  • Kebanyakan mangsa terdiri daripada kanak-kanak.
  • April lalu, polis menyerbu kawasan milik paderi dikenali sebagai Paul Nthenge, selepas menerima maklumat orang awam.

NAIROBI: Polis Kenya pada Selasa menemui 21 mayat dari kubur di bandar Malindi, yang disyaki dijadikan tempat untuk aktiviti pemujaan.

Polis berkata, setakat ini, 133 mayat dijumpai sejak penemuan kubur besar itu di sebidang tanah di hutan Shakahola pada akhir bulan lalu.

Kebanyakan mangsa terdiri daripada kanak-kanak, lapor Xinhua.

April lalu, polis menyerbu kawasan milik paderi dikenali sebagai Paul Nthenge, selepas menerima maklumat orang awam.

Setiausaha Kabinet di Kementerian Dalam Negeri dan Pentadbiran Negara, Kithure Kindiki, berkata proses menggali kubur itu dibuat dengan berhati-hati untuk melindungi maruah dan privasi keluarga mangsa.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan 65 mangsa diselamatkan dari belukar sehingga kin, termasuk dua orang yang diselamatkan sebelum ini.

Presiden Kenya, William Ruto menyifatkan insiden itu keganasan dan mengumumkan pembentukan suruhanjaya siasatan untuk menyiasat.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *