Connect with us

Antarabangsa

Kumpulan rock Coldplay juga penyokong Palestin

Di sebalik bayangan negatif isu LGBT, kumpulan rock terkenal dari Britain, Coldplay juga pernah menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Kumpulan rock Coldplay juga penyokong Palestin
Foto: Ciapan berkenaan video muzik berjudul Freedom for Palestine di halaman Facebook rasmi Coldplaypada 2011.
  • Di sebalik bayangan negatif isu LGBT, kumpulan rock terkenal dari Britain, Coldplay juga pernah menunjukkan sokongan terhadap Palestin.
  • Kumpulan itu sentiasa dilihat lantang menyuarakan sokongan terhadap perjuangan Palestin. – Laporan Scoop Empire pada 2019.
  • Mereka juga pernah mengeluarkan video muzik berjudul Freedom for Palestine di halaman Facebook rasmi mereka pada 2011.

Di sebalik bayangan negatif isu LGBT, kumpulan rock terkenal dari Britain, Coldplay juga pernah menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Memetik laporan Scoop Empire pada 2019, kumpulan itu sentiasa dilihat lantang menyuarakan sokongan terhadap perjuangan Palestin.

Mereka turut mempromosikan keadilan untuk rakyat Palestin dalam muzik mereka apabila mengeluarkan video muzik berjudul Freedom for Palestine di halaman Facebook rasmi Coldplay pada 2011 dan ia menjadi tular.

Lagu itu menyeru agar halangan keselamatan Tebing Barat dirobohkan untuk hak asasi manusia dan “keadilan untuk semua”.

Klip video itu turut menampilkan penari yang memakai keffiyeh (selendang tradisional Palestin).

Hantaran video yang menarik peminat Coldplay ke laman web penerbit lagu itu berjaya meraih lebih 3,500 tanda suka dalam tempoh enam jam, demikian lapor The Jerusalem Post pada tahun sama video itu dikeluarkan.

Tindakan kumpulan itu menggunakan kemasyhuran mereka untuk mempromosikan perjuangan Palestin menerima pujian ramai, namun ada juga yang tidak bersetuju

Ada peminat berpendapat Coldplay sepatutnya fokus kepada penghasilan muzik sahaja.

Selain itu, sebuah halaman Facebook anti Coldplay turut dicipta susulan pengeluaran muzik video tersebut, lapor portal Mvslim.

Video muzik yang sama turut dimuat naik ke Youtube, namun hanya bertahan selama lebih seminggu sahaja sebelum dialih keluar.

Baru-baru ini, Coldplay mengumumkan tarikh konsertnya di Kuala Lumpur iaitu pada 22 November akan datang.

Konsert sulung kumpulan terkenal Britain di Malaysia itu merupakan antara konsert dalam siri jelajah Music of the Spheres World Tour di beberapa negara Asia terpilih termasuk Taiwan, Jepun dan Jakarta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada mereka menerusi hantaran video di laman Twitter rasminya.

Sumber: Scoop Empire, The Jerusalem Post, Mvslim

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *