Antarabangsa
Kumpulan pelaku vandalisme serang, robohkan mimbar masjid di utara Israel
Sekumpulan pelaku vandalisme yang tidak dikenali menyerang sebuah masjid di kawasan majoriti Arab di Kota Lama Acre (Akko), utara Israel.

- Sekumpulan pelaku vandalisme yang tidak dikenali menyerang sebuah masjid di kawasan majoriti Arab di Kota Lama Acre (Akko), utara Israel.
- Menurut laporan Middle East Monitor, mereka juga merobohkan mimbarnya dan mencuri batu lamanya.
- Penyelidik Antikuiti Arab dan Islam dan Tapak Suci di Palestin, Abdul Raziq Matani berkata beberapa siri serangan ke atas tapak suci, termasuk masjid, di kampung Palestin yang dikosongkan penduduknya adalah untuk memberi laluan kepada penubuhan Israel.
- “Pelanggaran dan kemusnahan baru di Masjid Al-Ghabisiyya berlaku termasuk ekskavasi dan penggalian lantai masjid dan merosakkan serta mengeluarkan batu dari tempat berbeza, termasuk batu asas mimbar, yang musnah sepenuhnya,” katanya.
Sekumpulan pelaku vandalisme yang tidak dikenali menyerang sebuah masjid di kawasan majoriti Arab di Kota Lama Acre (Akko), utara Israel.
Menurut laporan Middle East Monitor, mereka juga merobohkan mimbarnya dan mencuri batu lamanya.
Penyelidik Antikuiti Arab dan Islam dan Tapak Suci di Palestin, Abdul Raziq Matani berkata beberapa siri serangan ke atas tapak suci, termasuk masjid, di kampung Palestin yang dikosongkan penduduknya adalah untuk memberi laluan kepada penubuhan Israel.
Sambil menunjukkan Masjid Al-Ghabisiyya di Akka dirosakkan baru-baru ini, penyelidik itu berkata, masjid terus tumbang dan runtuh.
Abdul Raziq juga menyatakan masjid dan monumen arkeologi di perkampungan yang dipindahkan itu beberapa kali mengalami ekskavasi, penggalian dan kemusnahan.
“Pelanggaran dan kemusnahan baru di Masjid Al-Ghabisiyya berlaku termasuk ekskavasi dan penggalian lantai masjid dan merosakkan serta mengeluarkan batu dari tempat berbeza, termasuk batu asas mimbar, yang musnah sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata selepas mimbar dimusnahkan dan batunya dicuri, bahagian bawahnya digali, begitu juga lantai berhampiran mihrab luar yang dirosakkan beberapa bulan lalu.
Abdul Raziq turut mendokumenkan peningkatan mendadak dalam retakan di seluruh masjid serta di makam Sheikh Samaan di kampung Kafr Saba.
Dalam pada itu, rejim Israel menghalang kerja-kerja pengubahsuaian daripada dilakukan di tapak bersejarah Palestin di seluruh negara dengan alasan mereka berada di bawah kedaulatannya.
Sumber: Middle East Monitor
