Connect with us

Antarabangsa

Konsert Beyonce sediakan tandas bebas jantina

Konsert Beyonce di Stockholm, Sweden menyediakan kemudahan tandas bebas jantina untuk penonton dari komuniti LGBTQ, demikian lapor Metro Weekly.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Konsert Beyonce sediakan tandas bebas jantina
Foto: Beyonce.
  • Konsert Beyonce di Stockholm, Sweden menyediakan kemudahan tandas bebas jantina untuk penonton dari komuniti LGBTQ.
  • Penonton yang menghadiri konsert itu mendapati tandas di tempat konsert itu berlangsung ditampal dengan tanda yang dibuat sendiri bertulis “Gender Neutral Restroom”, menutupi tanda mengkhususkan kemudahan itu mengikut jantina.
  • Konsert Jelajah Dunia Renaissance Beyonce bakal menjelajah ke 40 negara, bermula di Stockholm pada 10 Mei lalu dan bakal berakhir di New Orleans, Amerika Syarikat (AS) pada 27 September akan datang.
  • Beyonce juga sudah lama menyuarakan sokongannya terhadap komuniti LGBTQ secara lantang.

Konsert Beyonce di Stockholm, Sweden menyediakan kemudahan tandas bebas jantina untuk penonton dari komuniti LGBTQ, demikian lapor Metro Weekly.

Penonton yang menghadiri konsert itu mendapati tandas di tempat konsert itu berlangsung ditampal dengan tanda yang dibuat sendiri bertulis “Gender Neutral Restroom”, menutupi tanda asal yang mengkhususkan kemudahan itu mengikut jantina.

Perkara itu dikongsikan di media sosial dan menjadi tular, terutamanya dalam kalangan komuniti LGBTQ yang menganggap kemudahan itu bersesuaian dengan kehendak mereka.

Bagaimanapun masih belum jelas sama ada selebriti antarabangsa tersebut bersetuju atas perubahan ini dengan pengendali tempat atau jika hanya dia dan pasukannya yang melakukannya.

Konsert Jelajah Dunia Renaissance Beyonce bakal menjelajah ke 40 negara, bermula di Stockholm pada 10 Mei lalu dan bakal berakhir di New Orleans, Amerika Syarikat (AS) pada 27 September akan datang.

Media turut berpendapat yang akan berlaku beberapa kontroversi jika perkara itu turut dilakukan di lokasi-lokasi konsert seterusnya.

Namun kebarangkalian kontroversi itu mungkin tidak akan merubah pendirian penyanyi yang pernah memenangi anugerah Grammy itu.

Beyonce sudah lama menyuarakan sokongannya terhadap komuniti LGBTQ secara lantang, terutamanya bagi golongan transgender dan mereka yang enggan dikenal pasti sebagai mana-mana jantina.

Pada 2016, dia menunjukkan sokongan menerusi laman web rasminya kepada mereka yang menentang undang-undang di North Carolina yang mewajibkan individu menggunakan tandas mengikut jantina kelahiran mereka.

Dia juga menggunakan kemahsyuran dan media sosialnya untuk tujuan meningkatkan kualiti hidup golongan LGBTQ sepanjang kerjayanya.

Album terbarunya Renaissance bukan sahaja diinspirasikan daripada golongan songsang itu, malah daripada seni yang dicipta transgender berkulit hitam.

Beyonce turut meluahkan rasa terima kasih kepada golongan LGBTQ dalam ucapannya ketika memenangi anugerah Grammynya yang 32 pada Februari lalu.

Sumber: Metro Weekly

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *