Connect with us

Terkini

KKM kemuka lebih 2,000 permohonan jururawat kontrak diserap ke jawatan tetap

Kementerian Kesihatan (KKM) mengemukakan kira-kira 2,000  ke 3,000 permohonan jururawat lantikan kontrak untuk diserap ke jawatan tetap bagi tahun ini. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KKM kemuka lebih 2,000 permohonan jururawat kontrak diserap ke jawatan tetap
Foto: Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni (tengah) bersama jururawat pada Majlis Perasmian Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023, hari ini.
  • Kementerian Kesihatan (KKM) mengemukakan kira-kira 2,000  ke 3,000 permohonan jururawat lantikan kontrak untuk diserap ke jawatan tetap bagi tahun ini. 
  • Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, kesemua permohonan membabitkan jururawat kontrak di seluruh negara itu diajukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kelulusan.
  • Kementerian mengakui wujud keperluan bagi menambah jumlah jururawat sedia ada yang kini berjumlah 165,000 orang.

SHAH ALAM 12 Mei (Bernama) – Kementerian Kesihatan (KKM) mengemukakan kira-kira 2,000  ke 3,000 permohonan jururawat lantikan kontrak untuk diserap ke jawatan tetap bagi tahun ini. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, kesemua permohonan membabitkan jururawat kontrak di seluruh negara itu diajukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kelulusan.

Katanya, kementerian mengakui wujud keperluan bagi menambah jumlah jururawat sedia ada yang kini berjumlah 165,000 orang.

“Keadaan itu mengambil kira faktor pembinaan banyak fasiliti kesihatan baharu seperti hospital dan klinik di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman yang pastinya memerlukan penambahan kakitangan.

“Jadi, kita memohon kepada JPA mengenai tambahan jururawat kontrak untuk diserap ke jawatan tetap,” katanya selepas merasmikan Hari Jururawat Antarabangsa 2023 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam di sini, hari ini.

Sambutan Hari Jururawat itu disertai lebih 2,000 jururawat dari seluruh negara.

September tahun lalu, media melaporkan seramai 1,136 Jururawat Gred U29 Kontrak dari Institut Latihan KKM dan 2,804 jururawat swasta yang dilantik secara kontrak bagi menyokong perkhidmatan kesihatan terutama ketika pandemik Covid-19 akan diserap ke jawatan tetap.

Ia bagi menambah baik jaminan kerjaya kakitangan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan itu akan dibuat secara berfasa dalam tempoh suku keempat tahun lalu dan suku pertama tahun ini.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata, jumlah penerimaan bagi penjawatan tetap itu bagaimanapun bergantung sepenuhnya kepada ketetapan JPA.

“Pengambilan jururawat kontrak sudah KKM pertimbangkan untuk diserap secara berfasa sekiranya rayuan penambahan itu diluluskan.

“Kita sememangnya sedang melakukan proses pemetaan bagi mengoptimumkan khidmat kakitangan sama ada doktor, jururawat dan pegawai perubatan,” katanya. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *