Connect with us

Terkini

Keputusan berkaitan kalimah Allah hanya khusus bagi Sarawak – PM

Keputusan kes penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran adalah khusus untuk negeri Sarawak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Keputusan berkaitan kalimah Allah hanya khusus bagi Sarawak – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Keputusan kes penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran adalah khusus untuk negeri Sarawak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Beliau berkata kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kalah dalam kes itu sebelum ini memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
  • “Ini khusus dalam kes Sarawak… ia tidak terpakai seperti di Melaka atau Pulau Pinang atau Selangor… itu kena faham,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Perpaduan MADANI Masyarakat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) peringkat Tangga Batu di Tanjung Minyak di sini semalam. 
  • Kelmarin, KDN dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

MELAKA – Keputusan kes penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran adalah khusus untuk negeri Sarawak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kalah dalam kes itu sebelum ini memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

“Ini khusus dalam kes Sarawak… ia tidak terpakai seperti di Melaka atau Pulau Pinang atau Selangor… itu kena faham,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Perpaduan MADANI Masyarakat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) peringkat Tangga Batu di Tanjung Minyak di sini hari ini (semalam). 

Isnin lalu, KDN dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan itu, yang difailkan pada 18 April lepas, menyatakan bahawa kedua-dua perayu tidak berniat meneruskan notis rayuan dikemukakan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan di Mahkamah Rayuan tanpa perintah terhadap kos.

Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi membuat keputusan tersebut selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Jill Ireland Lawrence Bill, wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian. 

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *