Connect with us

Terkini

KDN hilang punca kuasa larang penyalahgunaan kalimah Allah – Peguam

“Dakwaan PMX bahawa kononnya keputusan penarikan balik rayuan oleh kerajaan dalam kes kalimah Allah hanya terpakai bagi Sarawak dan bukan untuk negeri-negeri lain, adalah sama sekali salah dan menyeleweng”.

Hidayah Sani

Published

on

KDN hilang punca kuasa larang penyalahgunaan kalimah Allah – Peguam
Foto: Peguam, Aidil Khalid.
  • Dakwaan PMX bahawa kononnya keputusan penarikan balik rayuan oleh kerajaan dalam kes kalimah Allah hanya terpakai bagi Sarawak dan bukan untuk negeri-negeri lain, adalah sama sekali salah dan menyeleweng”. – Peguam, Aidil Khalid.
  • Kes Jill Ireland walaupun dia wanita penganut Kristian peribumi Sarawak, namun kes mahkamah dibawanya, melibatkan pembatalan arahan/pekeliling Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang terkait penerbitan di seluruh negara.
  • Arahan/pekeliling (seperti foto lampiran) diputuskan Mahkamah Tinggi sebagai tidak sah dan terbatal di mana perenggan tiga pekeliling itu menyatakan: “Perkataan yang tidak boleh dipakai atau digunakan dalam semua penerbitan Kristian di negara ini ialah Allah; Kaabah; Baitullah dan solat.”
  • Penekanan ‘di negara ini’ dan bukan sekadar di ‘Sarawak’ perlu diperhatikan.
  • “Justeru apabila pekeliling ini dibatalkan Mahkamah Tinggi, dan kerajaan pula menarik balik rayuan (sedangkan sebelum ini rayuan difailkan bagi mencabar ketepatan keputusan Mahkamah tersebut), maka bererti KDN tiada lagi punca kuasa untuk melarang penyalahgunaan kalimah-kalimah tersebut,” kata Aidil Khalid.

KUALA LUMPUR — “Dakwaan PMX bahawa kononnya keputusan penarikan balik rayuan oleh kerajaan dalam kes kalimah Allah hanya terpakai bagi Sarawak dan bukan untuk negeri-negeri lain, adalah sama sekali salah dan menyeleweng”.

Demikian menurut peguam, Aidil Khalid yang turut menyifatkan kenyataan Perdana Menteri ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, sebagai satu pembohongan dan berita palsu.

Beliau berkata walaupun di dalam kes Jill Ireland dia merupakan seorang wanita penganut Kristian peribumi Sarawak, namun kes mahkamah yang dibawanya melibatkan pembatalan arahan/pekeliling Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang terkait penerbitan di seluruh negara.

Foto: Facebook Aidil Khalid.

Katanya, arahan/pekeliling (seperti foto lampiran) diputuskan Mahkamah Tinggi sebagai tidak sah dan terbatal di mana perenggan tiga pekeliling itu menyatakan: “Perkataan yang tidak boleh dipakai atau digunakan dalam semua penerbitan Kristian di negara ini ialah Allah; Kaabah; Baitullah dan solat.”

Aidil Khalid berkata penekanan terhadap ‘di negara ini’ dan bukan sekadar di ‘Sarawak’ perlu diperhatikan.

“Justeru apabila pekeliling ini dibatalkan Mahkamah Tinggi, dan kerajaan pula menarik balik rayuan (sedangkan sebelum ini rayuan difailkan bagi mencabar ketepatan keputusan Mahkamah tersebut), maka bererti KDN tiada lagi punca kuasa untuk melarang penyalahgunaan kalimah-kalimah tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata sekalipun benar dalam penghakiman Mahkamah Tinggi tidak melibatkan persoalan teologi, bagaimanapun ia juga bukan sekadar isu pentadbiran keabsahan rampasan CD semata-mata.

Katanya, ia sebaliknya adalah isu punca kuasa larangan penyalahgunaan kalimah Allah dan kalimah-kalimah suci lain.

“Kalau punca kuasa sudah tiada, macam mana nak larang penyalahgunaan kalimah-kalimah suci tersebut lagi?

“Jika selepas ini ada penerbitan Kristian berbahasa Melayu merujuk Gereja di Vatican sebagai Baitullah, misalnya, apakah punca kuasa KDN untuk melarangnya, apabila rayuan ke mahkamah rayuan sudah tidak diteruskan lagi?” katanya.

Isnin lalu, media melaporkan Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan itu, yang difailkan pada 18 April lalu menyatakan bahawa kedua-dua perayu tidak berniat meneruskan notis rayuan dikemukakan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan di Mahkamah Rayuan tanpa perintah terhadap kos. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Aidil Khalid

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending