Connect with us

Terkini

Kanak-kanak 12 tahun maut akibat strok haba, JKNJ sedia laporan lengkap kes

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang menyediakan laporan lengkap mengenai kes seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang meninggal dunia, didakwa akibat strok haba, di Kluang, semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Syahrol Azmi Mohd Tekak (kiri).
  • Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang sediakan laporan lengkap mengenai kes seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang meninggal dunia, didakwa akibat strok haba, di Kluang, semalam.
  • JKNJ sudah terima laporan awal kes kanak-kanak itu dan maklumat lanjut sedang diperincikan. – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon
  • “Kerajaan Johor maklum mengenai kes tular itu. JKNJ sedang menyiapkan laporan penuh mengenai kes itu supaya maklumat lebih tepat mengenai punca sebenar kejadian dapat didedahkan kepada umum.”
  • “JKNJ akan mengeluarkan laporan media kes itu sebaik laporan penuh kes itu siap hari ini juga,” katanya..

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang menyediakan laporan lengkap mengenai kes seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang meninggal dunia, didakwa akibat strok haba, di Kluang, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, berkata JKNJ sudah menerima laporan awal kes kanak-kanak itu dan maklumat lanjut sedang diperincikan.

“Kerajaan Johor maklum mengenai kes tular itu. JKNJ sedang menyiapkan laporan penuh mengenai kes itu supaya maklumat lebih tepat mengenai punca sebenar kejadian dapat didedahkan kepada umum.

“JKNJ akan mengeluarkan laporan media kes itu sebaik laporan penuh kes itu siap hari ini juga,” katanya.

Media hari ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia kira-kira 7 pagi semalam, disyaki disebabkan strok haba.

Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, dilaporkan berkata, anak keduanya Airiel Syahren disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini.

Katanya, anak kedua daripada empat beradik itu, mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau, kira-kira 10 malam Ahad lalu.

Sumber: Berita Harian

Author