Connect with us

Terkini

Jam tangan dirampas KDN ada tulisan ‘LGBTQ’

Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas jam tangan Swatch awal bulan ini kerana jelas tertera tulisan ‘LGBTQ’ di permukaan jarumnya.

Wartawan TMT

Published

on

Jam tangan dirampas KDN ada tulisan 'LGBTQ'
Foto: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas jam tangan Swatch awal bulan ini kerana jelas tertera tulisan ‘LGBTQ’ di permukaan jarumnya.
  • LGBTQ merujuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik.
  • Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jam tangan dengan model yang sama tidak dijual di negara seperti Emeriah Arab Bersatu (UAE) kerana mereka (Swatch) tahu sensitiviti agama di sana.
  • “Jam tangan itu jelas tertera perkataan LGBTQ dan KDN bertindak atas aduan awam,” katanya kepada BH hari ini.
  • Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek dilaporkan berkata, jam tangan dirampas KDN itu tidak mengandungi sebarang rujukan kepada LGBT.

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas jam tangan Swatch awal bulan ini kerana jelas tertera tulisan ‘LGBTQ’ di permukaan jarumnya.

LGBTQ merujuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata jam tangan dengan model yang sama tidak dijual di negara seperti Emeriah Arab Bersatu (UAE).

“Ia tidak dijual di negara berkenaan kerana mereka (Swatch) tahu sensitiviti agama di sana.

“Jam tangan itu jelas tertera perkataan LGBTQ dan KDN bertindak atas aduan awam,” katanya kepada BH, hari ini.

Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN dilaporkan menyerbu 11 buah kedai Swatch di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung “Koleksi Pride” jenama itu.

Lima kedai di pusat beli-belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuching diberikan amaran.

Advertisement

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek dilaporkan berkata, jam tangan dirampas KDN itu tidak mengandungi sebarang rujukan kepada LGBT.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini menegaskan rampasan jam tangan itu bukan berkaitan warna tetapi ia ada kaitan dengan isu LGBT.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending