Terkini
Isu air di Kedah, Kelantan tidak beri impak kepada pengundi PRN – Penganalisis
Isu air, pembangunan dan kebajikan rakyat dijangka tidak memberi kesan besar kepada pengundi di Kelantan dan Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.
- Isu air, pembangunan dan kebajikan rakyat dijangka tidak memberi kesan besar kepada pengundi di Kelantan dan Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.
- Beberapa penganalisis politik percaya isu berkenaan seakan ‘basi’ dan tidak memberi impak yang boleh menggugat kekuatan parti pemerintah di negeri berkenaan.
- Masalah isu air, pembangunan kawasan dan kebajikan rakyat kurang ‘melekat’ dalam pemikiran pengundi di negeri yang menjadi kubu kuat PAS dan Perikatan Nasional (PN). – Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Dr Muhammad Asri Mohd Ali
- Isu berkenaan boleh diketengahkan tetapi impaknya kurang berkesan kerana rakyat lebih pentingkan isu yang ada sentimen agama terkait dengan kefahaman isu dosa dan pahala, katanya kepada BH.
KUALA LUMPUR: Isu air, pembangunan dan kebajikan rakyat dijangka tidak memberi kesan besar kepada pengundi di Kelantan dan Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.
Beberapa penganalisis politik percaya isu berkenaan seakan ‘basi’ dan tidak memberi impak yang boleh menggugat kekuatan parti pemerintah di negeri berkenaan.
Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Dr Muhammad Asri Mohd Ali, berkata masalah isu air, pembangunan kawasan dan kebajikan rakyat kurang ‘melekat’ dalam pemikiran pengundi di negeri yang menjadi kubu kuat PAS dan Perikatan Nasional (PN).
Katanya, isu berkenaan boleh diketengahkan tetapi impaknya kurang berkesan kerana rakyat lebih pentingkan isu yang ada sentimen agama terkait dengan kefahaman isu dosa dan pahala.
“Dengan situasi yang ada kini, UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), maka pengaruh UMNO di negeri pantai timur dan Kedah ini dilihat berkurangan dan sukar untuk menang.
“Mungkin ada peralihan di Terengganu jika UMNO dapat mengumpulkan kekuatan dan menangkap undi orang muda yang kini berada di luar negeri itu,” katanya kepada BH.
Beliau mengulas peluang dan analisis persediaan menghadapi PRN untuk enam negeri.
Baru-baru ini, dilaporkan kerajaan yang kini ditadbir PN bersedia membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada minggu akhir Jun, sekaligus PRN diadakan pada Julai.
Penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri menjangkakan agenda 3R – agama, kaum dan raja menyelubungi pilihan raya di enam negeri pada PRN itu nanti.
Dr Muhammad Asri yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pembangunan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, UM, berkata PRN di enam negeri kali ini menjadi satu yang unik kerana ia pertama kali diadakan secara berasingan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) membabitkan begitu banyak negeri.
Katanya, secara umumnya, dua kelompok negeri dibahagikan dalam PRN ini yang mana dua negeri di Pantai Timur dan utara tanah air iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah menjadi kubu kuat PN manakala tiga negeri di bawah pentadbiran parti kerajaan.
“Dari segi peluang saya melihat Kelantan dan Kedah terus menjadi kubu kuat PAS yang kini menjadi parti gabungan PN manakala Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan terus dikuasai Pakatan Harapan (PH)
“Saya menjangkakan PH akan menang di Pulau Pinang tapi mendapat tentangan yang tidak mudah daripada PN terutama di kawasan majoriti Melayu.
“Untuk Selangor, sudah tentu menjadi kubu kuat PH dan dengan adanya sokongan Barisan Nasional (BN) saya jangka kawasan majoriti Melayu boleh kembali dikuasai parti itu,” katanya.
Namun, PH perlu bekerja keras untuk mengekalkan kuasa di Negeri Sembilan dengan adanya bantuan BN melalui usaha menamakan lebih banyak calon UMNO/BN pada PRN nanti.
“Dengan adanya kerjasama dengan BN, peluang untuk menang lebih banyak kerusi itu besar terutama di kawasan majoriti Melayu dan luar bandar,” katanya.
Berbalik mengenai pengundi di Pantai Timur, katanya pengundi terutama yang tinggal di luar negeri itu akan mempertahankan kerajaan negeri yang ada dengan alasan memberikan banyak kerusi Parlimen kepada parti lawan.
Namun, katanya dengan keputusan PRU yang lalu menyaksikan hampir ke semua kerusi Parlimen dikuasai mereka, maka momentum itu diteruskan.
“Ukuran pengundi di negeri itu adalah mengenai nilai kepimpinan calon dari segi waraknya mereka dan mempunyai ciri agama,” katanya
Mengulas lanjut, katanya UMNO di Kelantan, Terengganu dan Kedah dilihat seperti hilang arah selepas PRU-15, maka kawasan ‘warlord’ jika tidak ada perancangan rapi boleh jatuh ke tangan parti pemerintah di negeri itu.
“Saya kira kali ini agak mudah untuk PAS berhadapan calon UMNO/BN jika isu pembangunan dan kebajikan komuniti menjadi modal kempen pilihan raya.
“Untuk PRN ini, calon Menteri Besar ini penting, yang mana ketika ini kita tidak nampak calon UMNO untuk diketengahkan dengan barisan kepimpinan yang ada.
“Di Terengganu, kepimpinan UMNO/BN masih dikuasai orang lama berbanding PAS yang menampilkan Menteri Besar dalam kalangan pemimpin muda, begitu juga di Kedah yang mana Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat pemimpin generasi muda dalam PAS dan agak popular dalam kalangan orang muda,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, isu 3R terutama isu agama dan perkauman semenangnya menjadi topik pilihan ketika kempen pilihan raya sejak merdeka lagi.
Katanya, isu perkauman dan agama ini tidak pernah ‘basi’ untuk terus dijadikan modal politik dan ini sememangnya menjadi pilihan pada PRN nanti.
“Namun, isu semasa mengenai krisis bekalan dan kualiti air di Kelantan mahu pun Kedah seakan tidak memberi apa-apa kesan kepada pengundi di dua negeri itu.
“Isu berkenaan sering kali dibangkitkan dan ini tidak akan memberikan kesan yang besar kerana pengundi kerana mereka lebih berminat isu mengenai Islam dan kepimpinan negeri seperti calon Menteri Besar.
“Gelombang hijau PRU15 mungkin sedikit reda namun sokongan pengundi kepada PAS-PN di dua negeri ini tetap kekal,” katanya.
Mengenai peluang PH di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, katanya, Pulau Pinang masih kekal milik PH yang menjadi kubu kuat parti itu lebih sedekad lalu.
“Kekuatan PH juga di kawasan bandar dan semi bandar di Selangor dan PN perlu bekerja keras untuk dapat sokongan di kawasan pengundi majoriti Melayu begitu juga di Negeri Sembilan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
- Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
- Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
- Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.
Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.
“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.
“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.
Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya