Connect with us

Terkini

Henti promosi vape jika ingin dijadikan pengganti rokok – Pakar Perubatan

Terdapat tiga perkara yang perlu dilaksanakan sekiranya ingin menjadikan vape ataupun E-Cigarettes sebagai alat pengganti rokok, demikian menurut Pakar Perubatan Keluarga PPUM dan Ahli Nicotine Addiction Research UM, Dr Amirul Amzar pada Jumaat lalu dalam program Di Sebalik Isu bersama FY terbitan Sinar Harian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perubatan Keluarga PPUM dan Ahli Nicotine Addiction Research UM, Dr Amirul Amzar.
  • Terdapat tiga perkara yang perlu dilaksanakan sekiranya ingin menjadikan vape ataupun E-Cigarettes sebagai alat pengganti rokok, demikian menurut Pakar Perubatan Keluarga PPUM dan Ahli Nicotine Addiction Research UM, Dr Amirul Amzar pada Jumaat lalu.
  • Perkara pertama; pengguna vape perlu dikawal selia kakitangan kesihatan berikutan produk terbabit mengandungi nikotin bersifat ketagihan.
  • Perkara kedua; hentikan mempromosikan vape sebagai gaya hidup termasuk tiada lagi pembungkusan vape berwarna-warni, tiada Expo mahupun jualan di mesin layan diri (vending machine). 
  • Perkara ketiga; wujudkan akta yang boleh melindungi anak-anak serta remaja daripada terdedah kepada produk berkenaan.
  • Dr Amirul Amzar berkata demikian ketika jadi panelis Program Disebalik Isu Bersama Finaz Yunus disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian.

KUALA LUMPUR — Terdapat tiga perkara yang perlu dilaksanakan sekiranya ingin menjadikan vape ataupun E-Cigarettes sebagai alat pengganti rokok, demikian menurut Pakar Perubatan Keluarga PPUM dan Ahli Nicotine Addiction Research UM, Dr Amirul Amzar pada Jumaat lalu dalam program Di Sebalik Isu bersama FY terbitan Sinar Harian.

Perkara pertama adalah pengguna vape perlu dikawal selia oleh kakitangan kesihatan berikutan di dalam produk terbabit mengandungi nikotin yang mengakibatkan ketagihan.

“Hanya kakitangan kesihatan yang terlatih even kami nak buat klinik berhenti merokok pun perlukan latihan khusus berapa banyak nak bagi, berapa lama nak follow up so ada latihan khusus. 

“Kita tak boleh simply bagi apatah lagi orang itu bukan kakitangan kesihatan jadi kalau kata industri nak (jadikan vape pengganti rokok) kena berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam perkara ini,” tegasnya.

Program itu membincangkan topik, ‘Cukup Selamatkah ‘Vape’ Di Malaysia Sebagai Pengganti Rokok?’, yang turut menjemput Setiausaha Agong Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Ridhwan Rosli.

Mengulas lanjut, Dr Amirul Amzar berkata perkara kedua yang perlu dilakukan ialah menghentikan mempromosikan vape sebagai gaya hidup termasuklah tiada lagi pembungkusan vape yang berwarna-warni, tiada Expo mahupun jualan di mesin layan diri (vending machine). 

Ini berikutan, jika kita ingin mengurangkan kemudaratan (harm reduction) merokok maka kita perlu fokus kepada usaha untuk berhenti merokok.

Perkara ketiga yang perlu dilakukan untuk menjadikan vape sebagai alat berhenti merokok adalah mewujudkan satu akta yang boleh melindungi anak-anak serta remaja daripada terdedah kepada produk berkenaan. — The Merdeka Times

Sumber: Youtube SinarTV

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *