Antarabangsa
Gencatan senjata tujuh hari di Sudan
Tentera yang setia kepada ketua de facto, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan, dan Rapid Support Forces (RSF) yang dipimpin Timbalan Ketua Sudan, Mohamed Hamdan Dagalo bersetuju untuk gencatan senjata selama tujuh hari.
- Tentera yang setia kepada ketua de facto, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan, dan Rapid Support Forces (RSF) yang dipimpin Timbalan Ketua Sudan, Mohamed Hamdan Dagalo bersetuju untuk gencatan senjata selama tujuh hari.
- Kedua-dua jeneral seteru itu bersetuju pada hari Selasa selepas gencatan senjata sebelumnya tamat pada Isnin, kata Kementerian Luar Sudan Selatan.
- Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir, yang telah menawarkan diri menjadi pengantara dalam konflik itu, menamakan utusan untuk rundingan damai, dan kedua-dua pihak konflik bersetuju.
- Pertempuran berdarah antara kedua-dua pihak mencetuskan penghijrahan besar-besaran pelarian dari negara yang dilanda konflik dan membawa kepada kematian ratusan nyawa dan kecederaan ribuan lagi.
KHARTOUM, 12 Syawal 1444H, Rabu – Tentera yang setia kepada ketua de facto, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan, dan Rapid Support Forces (RSF) yang dipimpin Timbalan Ketua Sudan, Mohamed Hamdan Dagalo bersetuju untuk gencatan senjata selama tujuh hari.
Kedua-dua jeneral seteru itu bersetuju pada hari Selasa selepas gencatan senjata sebelumnya tamat pada Isnin, kata Kementerian Luar Sudan Selatan.
Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir, yang telah menawarkan diri menjadi pengantara dalam konflik itu, menamakan utusan untuk rundingan damai, dan kedua-dua pihak konflik bersetuju.
Penyelaras bantuan kecemasan PBB Martin Griffiths, yang dinamakan sebagai utusan ke rantau itu, berkata ‘situasi kemanusiaan negara itu mencapai titik puncak.’
Gencatan senjata yang goyah dan separa juga telah diperbaharui beberapa kali sejak pertempuran bermula.
Pertempuran berdarah antara kedua-dua pihak mencetuskan penghijrahan besar-besaran pelarian dari negara yang dilanda konflik dan membawa kepada kematian ratusan nyawa dan kecederaan ribuan lagi. – Agensi
Sumber: Ismaweb