Connect with us

Antarabangsa

Dua paderi Kenya hadapi pertuduhan pembunuhan 109 orang

Dua paderi didakwa di Mahkamah Kenya, di sini, hari ini, kerana disyaki menjadi dalang kes kematian babit sekurang-kurangnya 109 orang yang dijumpai ditanam menerusi `pembunuhan beramai-ramai hutan Shakahola’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dua paderi Kenya hadapi pertuduhan pembunuhan 109 orang
Foto: Paul Nthenge Mackenzie yang mengaku sebagai paderi.
  • Dua paderi didakwa di Mahkamah Kenya di sini hari ini, kerana disyaki menjadi dalang kes kematian babit sekurang-kurangnya 109 orang yang dijumpai ditanam menerusi `pembunuhan beramai-ramai hutan Shakahola’.
  • Bulan lalu, negara itu dikejutkan dengan penemuan kubur besar di sebuah hutan berhampiran bandar pantai Lautan Hindi di sini.
  • Paul Nthenge Mackenzie, yang mengaku dirinya paderi dan menubuhkan Gereja Antarabangsa Good News pada 2003, didakwa menghasut pengikutnya supaya mati kelaparan `untuk bertemu Jesus’.
  • Peguamnya George Kariuki, berkata: “Pihaknya belum dimaklumkan mengenai permohonan yang ingin dibuat oleh pihak pendakwaan.
  • Ezekiel Odero, seorang paderi televisyen yang kaya dan berprofil tinggi, dijangka tiba di Mahkamah Mombasa selepas ditahan di sini, Khamis lalu.
  • Odero disyaki membunuh, membantu membunuh diri, menculik, meradikalisasi, melakukan jenayah kemanusiaan, kekejaman kanak-kanak, penipuan dan pengubahan wang haram.

MALINDI, Kenya: Dua paderi didakwa di Mahkamah Kenya, di sini, hari ini, kerana disyaki menjadi dalang kes kematian babit sekurang-kurangnya 109 orang yang dijumpai ditanam menerusi `pembunuhan beramai-ramai hutan Shakahola’.

Bulan lalu, negara itu dikejutkan dengan penemuan kubur besar di sebuah hutan berhampiran bandar pantai Lautan Hindi di sini.

Paul Nthenge Mackenzie, yang mengaku dirinya paderi dan menubuhkan Gereja Antarabangsa Good News pada 2003, didakwa menghasut pengikutnya supaya mati kelaparan `untuk bertemu Jesus’.

Mackenzie kemudian dibawa masuk ke dalam kandang tertuduh dengan memakai jaket merah jambu dan hitam serta seluar coklat.

Peguamnya George Kariuki, berkata: “Pihaknya belum dimaklumkan mengenai permohonan yang ingin dibuat oleh pihak pendakwaan.

“Kami hanya menunggu dan melihat,”.

Setakat ini seramai 109 disahkan meninggal dunia, di mana kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak.

Bedah siasat pertama yang pertama dijalankan semalam ke atas sembilan kanak-kanak dan seorang wanita.

Punca kematian disahkan sebagai kebuluran, walaupun beberapa mangsa turut mengalami sesak nafas.

Sementara itu, Ezekiel Odero, seorang paderi televisyen yang kaya dan berprofil tinggi, dijangka tiba di Mahkamah Mombasa selepas ditahan di sini, Khamis lalu.

Odero disyaki membunuh, membantu membunuh diri, menculik, meradikalisasi, melakukan jenayah kemanusiaan, kekejaman kanak-kanak, penipuan dan pengubahan wang haram.

Setakat ini, pihak pendakwaan berusaha untuk menahannya selama 30 hari lagi.

Sekumpulan penyokongnya yang berkumpul di luar mahkamah, dilihat menyanyi dan berdoa, manakala ada yang turut menangis.

Mackenzie didakwa melakukan antaranya pembunuhan, penculikan dan kekejaman terhadap kanak-kanak.

Bekas pemandu teksi itu menyerah diri pada 14 April lalu selepas polis bertindak atas maklumat pertama kali dan memasuki hutan Shakahola, di mana kira-kira 30 kubur besar ditemui.

Pendakwa Raya mengaitkan Odero dan Mackenzie, dengan menyatakan mereka berkongsi `sejarah pelaburan perniagaan’ termasuk stesen televisyen yang digunakan untuk menyampaikan `mesej radikal’ kepada pengikut.

Soalan yang dibangkitkan adalah bagaimana Mackenzie, seorang paderi dengan sejarah ekstremisme, berjaya mengelak daripada penguatkuasaan undang-undang walaupun profil dan kes sebelum ini.

Insiden itu menyebabkan Presiden William Ruto terpaksa campur tangan terhadap pergerakan agama tempatan di Kenya dan menyoroti usaha yang gagal untuk mengawal gereja dan pemujaan yang tidak bertanggungjawab.

Minggu ini Ruto akan menubuhkan pasukan petugas khas tentang cara mentadbir aktiviti keagamaan di Kenya, di mana terdapat kira-kira 4,000 gereja.

Menteri Dalam Negeri Kithure Kindiki, berkata kerajaan akan `memastikan tiada pelanggaran ke atas hak suci kebebasan beribadat, pendapat dan kepercayaan’.

“Namun pada masa yang sama kita tidak membenarkan penjenayah menyalahgunakan hak itu untuk menyakiti, membunuh, menyeksa dan menyebabkan orang mati kelaparan.”

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *