Antarabangsa
Dana bantu pelarian Palestin semakin berkurang – UNRWA
Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mendedahkan bahawa beberapa negara akan mengurangkan sokongan kewangan kepada organisasi itu.
- Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mendedahkan bahawa beberapa negara akan mengurangkan sokongan kewangan kepada organisasi itu.
- Jurucakap UNRWA, Adnan Abu Hasna berkata, terdapat negara memaklumkan kepada UNRWA untuk mengurangkan sejumlah besar bantuan kewangan mereka.
- Beliau berkata, pihaknya mewujudkan hubungan baharu dengan dermawan Arab, memandangkan keperluan pelarian semakin meningkat dan bilangan mereka juga bertambah.
- Merujuk persidangan Jawatankuasa Penasihat yang akan berlangsung di Beirut, Lubnan bulan depan, Adnan menegaskan kepentingan penganjuran itu memandangkan ada kehadiran penderma serta negara tuan rumah.
- Beliau menjelaskan, defisit kewangan yang dialami agensi PBB itu sangat besar dan membimbangkan.
GAZA – Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mendedahkan bahawa beberapa negara akan mengurangkan sokongan kewangan kepada organisasi itu.
Jurucakap UNRWA, Adnan Abu Hasna berkata, terdapat negara memaklumkan kepada UNRWA untuk mengurangkan sejumlah besar bantuan kewangan mereka.
Beliau berkata, pihaknya mewujudkan hubungan baharu dengan dermawan Arab, memandangkan keperluan pelarian semakin meningkat dan bilangan mereka juga bertambah.
Merujuk persidangan Jawatankuasa Penasihat yang akan berlangsung di Beirut, Lubnan bulan depan, Adnan menegaskan kepentingan penganjuran itu memandangkan ada kehadiran penderma serta negara tuan rumah.
Beliau menjelaskan, defisit kewangan yang dialami agensi PBB itu sangat besar dan membimbangkan.
Menurut Adnan, meskipun mendapat sokongan politik yang teguh dan pembaharuan mandat selama tiga tahun, jumlah sumbangan diperoleh semakin berkurang.
UNRWA diwujudkan pada tahun 1949 oleh PBB untuk berkhidmat kepada kira-kira 5.9 juta pelarian Palestin di Jordan, Lubnan, Syria, Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Selama bertahun-tahun, Israel menggesa agar UNRWA ditutup kerana ia adalah satu-satunya agensi PBB yang mempunyai mandat khusus untuk menjaga keperluan asas pelarian Palestin.
Rejim haram Israel telah menafikan hak rakyat Palestin sejak akhir 1940-an, walaupun keanggotaannya dalam PBB dibenarkan dengan syarat pelarian Palestin boleh pulang ke rumah dan tanah mereka.
UNRWA bergantung hampir sepenuhnya kepada sumbangan negara anggota PBB, sekali gus terdedah kepada kumpulan pro-Israel yang berpengaruh di pelbagai ibu kota utama.
Agensi itu menghadapi masalah kewangan yang teruk semasa Presiden AS, Donald Trump memerintah apabila pentadbirannya menghentikan sumbangan pada 2018.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) kemudiannya mengurangkan secara mendadak pembiayaan badan itu pada 2020 ketika negara itu mula menormalkan hubungan dengan pihak berkuasa pendudukan dan menandatangani ‘Abraham Accords’ pada September tahun sama.
UK juga mengurangkan separuh dananya untuk UNRWA, meskipun statusnya sebagai penderma keseluruhan ketiga terbesar kepada agensi tersebut pada 2020.
Sumber: Ismaweb