Connect with us

Antarabangsa

Dadah busukkan kulit, jadikan penagihnya umpama ‘zombi’

‘Tranq Dope’ merupakan sejenis dadah yang mempunyai campuran Fentanyl dan Opioid yang boleh memusnahkan belia di Amerika Syarikat (AS).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Fariesha Amirnudin

Published

on

Dadah busukkan kulit, jadikan penagihnya umpama 'zombi'
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • ‘Tranq Dope’ merupakan sejenis dadah yang mempunyai campuran Fentanyl dan Opioid yang boleh memusnahkan belia di Amerika Syarikat (AS).
  • Dadah terlarang itu kini mendatangkan malapetaka di bandar-bandar utama di seluruh AS dan mempunyai kesan buruk yang boleh mereputkan kulit pengguna.
  • ‘Dadah zombi’ itu pada mulanya muncul di Philadelphia sebelum penggunaannya tersebar ke barat AS di San Francisco dan Los Angeles. 

‘Tranq Dope’ merupakan sejenis dadah yang mempunyai campuran Fentanyl dan Opioid yang boleh memusnahkan belia di Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, ia juga mempunyai kandungan ubat veterinar yang dipanggil Xylazine. 

Menurut laporan Times of India, bahan itu mendatangkan malapetaka di bandar-bandar utama di seluruh AS dan mempunyai kesan buruk yang boleh mereputkan kulit pengguna.

‘Dadah zombi’ itu pada mulanya muncul di Philadelphia sebelum penggunaannya tersebar ke barat AS di San Francisco dan Los Angeles. 

Ia digunakan untuk mengurangkan heroin dan kini ditemui dalam Fentanyl dan dadah terlarang lain.

Xylazine diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) untuk kegunaan veterinar. 

Walaubagaimanapun, kandungan bukan opioid itu tidak selamat untuk digunakan manusia. 

Penemuan juga mendapati mereka yang terlebih dos akibat penggunaan dadah itu tidak dapat bertindak balas terhadap Naloxone atau Narcan iaitu rawatan pembalikan dos berlebihan yang paling biasa.

Xylazine juga boleh menyebabkan gejala sedatif seperti mengantuk yang berlebihan, kemurungan pernafasan serta luka. 

Dalam pada itu, luka yang terjadi juga boleh menjadi teruk dan merebak dengan cepat dengan pendedahan berulang. 

Ulser yang berkerak juga boleh mengakibatkan amputasi jika tidak dirawat.

“Tranq pada dasarnya men’zombi’kan badan orang,” kata Sam, 28, mangsa penggunaan dadah itu.

“Sehingga sembilan bulan lalu, saya tidak pernah mengalami luka. 

“Sekarang ada lubang di kaki saya,” katanya.

Sumber: Times of India

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *