Connect with us

Antarabangsa

Cubaan politikkan ‘The Kerala Story’, Zakir Naik dikaitkan dengan tangkapan di Bhopal

Bapa kepada seorang mualaf yang ditahan Skuad Anti-Keganasan Madhya Pradesh (ATM) di India cuba mengaitkan penahanan anaknya dengan penceramah Muslim terkenal, Zakir Naik.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Cubaan politikkan 'The Kerala Story', Zakir Naik dikaitkan dengan tangkapan di Bhopal
Foto: Penceramah Muslim terkenal, Zakir Naik (kiri), bapa kepada Saurabh, Ashok Jain Raj Vaidya (atas) dan isteri kepada Saurabh, Mansi (bawah).
  • Bapa kepada seorang mualaf yang ditahan Skuad Anti-Keganasan Madhya Pradesh (ATS) di India cuba mengaitkan penahanan anaknya dengan penceramah Muslim terkenal, Zakir Naik.
  • Ashok Jain Raj Vaidya, bapa kepada Saurabh atau nama Islamnya, Mohammed Saleem, mendakwa anaknya telah diumpan untuk memeluk Islam melalui seorang ejen kepada Zakir Naik.
  • Dia juga menjelaskan bagaimana nama anaknya berubah dari Saurabh kepada Mohammed Saleem dan menantunya mula berhijab.
  • Isteri Saurabh iaitu Mansi, yang memeluk Islam dan menukar namanya kepada Rahila, menafikan dakwaan bapanya bahawa Saurabh “dibasuh otaknya dan diperdaya” supaya memasuki Islam.
  • Mansi menafikan segala pertuduhan diterima dan menyatakan kontroversi itu bertujuan untuk mempolitikkan filem ‘The Kerala Story’.
  • Saurabh antara 16 individu yang dilaporkan ditahan di Bhopal dan Hyderabad oleh ATS di atas tuduhan merancang serangan keganasan, menyebarkan (idea) penukaran agama dan dikaitkan dengan kumpulan Hizbut Tahrir.

Bapa kepada seorang mualaf yang ditahan Skuad Anti-Keganasan Madhya Pradesh (ATS) di India cuba mengaitkan penahanan anaknya dengan penceramah Muslim terkenal, Zakir Naik.

Ashok Jain Raj Vaidya, bapa kepada Saurabh atau nama Islamnya, Mohammed Saleem, mendakwa anaknya telah diumpan untuk memeluk Islam melalui seorang ejen kepada Zakir Naik.

Dia juga menjelaskan bagaimana nama anaknya berubah dari Saurabh kepada Mohammed Saleem dan menantunya mula berhijab.

“Saurabh pernah menonton ucapan Zakir Naik di komputernya. Saya juga mendapati beberapa buku berkenaan Islam di biliknya. 

“Selain menonton berita berkenaan Syria di TV, Saurabh juga bercakap tentang Islam..,” katanya dipetik India Today.

Saurabh antara 16 individu yang dilaporkan ditahan di Bhopal dan Hyderabad oleh ATS di atas tuduhan merancang serangan keganasan, menyebarkan (idea) penukaran agama dan dikaitkan dengan kumpulan Hizbut Tahrir.

Menteri Dalam Negeri Madhya Pradesh, Narottam Mishra dilaporkan sebagai berkata mereka yang ditangkap mempunyai pelbagai latar belakang dari seorang profesor sehingga ke jurulatih gim dan didakwa terlibat secara prima facie dalam “jihad cinta” dan penukaran agama.

Media tempatan melaporkan, Saurabh yang menetap di Bhopal berasal dari keluarga terpelajar. 

Bapa Saurabh berkata anaknya mengikuti kelas 12 ‘RSS shakhas’ iaitu program latihan paramilitan ideologi Hindutva di bawah kelolaan kumpulan berhaluan kanan, Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS).

Isteri Saurabh iaitu Mansi, yang memeluk Islam dan menukar namanya kepada Rahila, menafikan dakwaan bapanya bahawa Saurabh “dibasuh otaknya dan diperdaya” supaya memasuki Islam.

“Ia hak kami dalam perlembagaan untuk mengikuti mana-mana agama. Adakah patut seseorang itu dipertanggungjawabkan (kerana membantu orang lain dalam perihal Islam) padahal penukaran agama berlaku tanpa paksaan?”

“Bagaimana mungkin seseorang yang tidak memberi tekanan kepada isterinya sendiri, (dikatakan) memaksa wanita lain memeluk Islam?” kata Rahila, merujuk kepada pertuduhan aktiviti penukaran agama yang dihadapi suaminya.

Rahila berkata keluarga mertuanya juga berbohong tentang rancangan Saurabh untuk ke Syria kerana dia tidak memiliki pasport.

Katanya, penahanan suaminya adalah sebahagian konspirasi kerana dia telah ditahan disebabkan videonya yang viral beberapa bulan lalu. 

Beliau juga menafikan segala pertuduhan diterima dan menyatakan kontroversi itu bertujuan untuk mempolitikkan filem ‘The Kerala Story’.

Sumber: India Today 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *