Connect with us

Terkini

Cuaca panas tidak jejas bekalan barang keperluan pengguna

Cuaca panas yang melanda kebanyakan kawasan rantau Asia ketika ini, didapati masih tidak menjejaskan bekalan barangan keperluan harian dalam negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Cuaca panas tidak jejas bekalan barang keperluan pengguna
Foto: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub (empat dari kiri).
  • Cuaca panas yang melanda kebanyakan kawasan rantau Asia ketika ini, didapati masih tidak menjejaskan bekalan barangan keperluan harian dalam negara.
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini bekalan barangan keperluan masih lagi dalam kawalan dan pihaknya akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
  • “Jadi saya harap bekalan barang keperluan ini dapat kita bekalkan secara berterusan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan inisiatif Payung Rahmah di sini hari ini.

Sungai Petani: Cuaca panas yang melanda kebanyakan kawasan rantau Asia ketika ini, didapati masih tidak menjejaskan bekalan barangan keperluan harian dalam negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini bekalan barangan keperluan masih lagi dalam kawalan dan pihaknya akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Setakat ini bekalan barang keperluan masih dalam kawalan dan tidak terjejas, (contohnya) di Kedah tidak ada isu kekurangan gula dan air mineral.

“Jadi saya harap bekalan barang keperluan ini dapat kita bekalkan secara berterusan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan inisiatif Payung Rahmah di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai isu bekalan gula, Salahuddin berkata, KPDN akan bertindak lebih proaktif dengan membuat perancangan awal dan sesi libat urus bersama pihak industri secara lebih kerap.

Menurutnya, ia penting bagi memastikan krisis bekalan gula dalam negara tidak berlaku pada masa hadapan sehingga menjejaskan rakyat.

“Kita mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan masalah bekalan gula dapat diatasi, sekiranya ia berulang kita akan panggil syarikat berkaitan untuk atasi isu kekurangan bekalan dengan segera,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Salahuddin turut menyerahkan sumbangan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan susu pekat bernilai RM100 kepada 50 orang penerima.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *