Connect with us

Antarabangsa

China: Ratusan polis buru individu terbabit pertempuran di masjid

China mengerahkan ratusan polis bagi memburu individu yang terbabit dalam pertempuran yang tercetus selepas wujudnya rancangan merobohkan sebahagian masjid.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

China: Ratusan polis buru individu terbabit pertempuran di masjid
Foto: Masjid Najiaying di Nagu, China.
  • China mengerahkan ratusan polis memburu individu terbabit dalam pertempuran tercetus selepas wujudnya rancangan merobohkan sebahagian masjid.
  • Insiden itu berlaku di Nagu, wilayah sebuah bandar yang majoriti penduduknya beragama Islam.
  • Menurut seorang penduduk, terdapat perancangan untuk memusnahkan empat menara dan bumbung kubah Masjid Najiaying di situ.
  • Kawasan itu adalah kediaman bagi komuniti Hui iaitu kumpulan etnik yang kebanyakannya beragama Islam, namun berdepan tekanan akibat tindakan keras pihak berkuasa.
  • China berusaha untuk mengawal agama dengan lebih ketat sejak Presiden Xi Jinping berkuasa sedekad lalu, termasuk tindakan kerasnya terhadap umat Islam.

BEIJING: China mengerahkan ratusan polis bagi memburu individu yang terbabit dalam pertempuran yang tercetus selepas wujudnya rancangan merobohkan sebahagian masjid.

Insiden itu berlaku di Nagu, wilayah sebuah bandar yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Menurut seorang penduduk yang namanya enggan disiarkan, terdapat perancangan untuk memusnahkan empat menara dan bumbung kubah Masjid Najiaying di situ.

Kawasan itu adalah kediaman bagi komuniti Hui iaitu kumpulan etnik yang kebanyakannya beragama Islam, namun berdepan tekanan akibat tindakan keras pihak berkuasa.

Pada Sabtu lalu, video yang tular di laman sosial menunjukkan puluhan pegawai polis yang membawa tongkat dan perisai menghalau orang ramai di luar masjid berikutan membaling objek ke arah mereka.

Menurut salah seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali, pihak berkuasa mahu meneruskan usaha merobohkan masjid, menyebabkan penduduk mahu menghalang.

“Masjid adalah rumah bagi orang Islam seperti kami, jika mereka cuba merobohkannya, kami pasti tidak akan membiarkan mereka.

“Masjid adalah sebuah bangunan yang tidak membahayakan masyarakat lain jadi kenapa perlu dimusnahkannya,” katanya kepada AFP.

Menurut saksi, polis sudah membuat sejumlah tangkapan berhubung kejadian itu dengan beberapa ratus pegawai lagi kekal di bandar berkenaan setakat Isnin lalu.

Menurutnya, lebih malang orang ramai di kawasan sekitar masjid juga bergelut dengan isu gangguan internet sejak pertempuran berlaku.

Melalui notis yang dikeluarkan kerajaan Tonghai iaitu pentadbir Nagu pada Ahad, siasatan sudah dibuka membabitkan kes mengganggu ketenteraman sosial.

China berusaha untuk mengawal agama dengan lebih ketat sejak Presiden Xi Jinping berkuasa sedekad lalu, termasuk tindakan kerasnya terhadap umat Islam.

Beijing mendakwa ia sedang berusaha untuk memerangi keganasan dan pemikiran ekstremis.

Dianggarkan sejuta komuniti Uyghur, Hui dan minoriti Islam lain ditahan di wilayah Xinjiang barat sejak 2017 melalui kempen kerajaan yang digelar pembunuhan beramai-ramai oleh Amerika Syarikat (AS) dan kumpulan hak asasi manusia.

Sementara itu, seorang pakar yang membuat kajian terhadap komuniti Hui dari Universiti Manchester di Britain, David Stroup, berkata walaupun tindakan kepada masyarakat di luar Xinjiang lebih ringan, ramai yang melihat masjid dirobohkan atau diubah suai secara paksa untuk menyamai nilai estetika China.

Sumber: Berita Harian

Author