Terkini
Bukan pertama kali kebocoran data peribadi oleh UITM?
Baru-baru ini kecoh di laman twitter berkenaan kebocoran lebih 11,000 maklumat data pemohon Universiti Teknologi Mara (UITM).
- Baru-baru ini kecoh di laman twitter berkenaan kebocoran lebih 11,000 maklumat data pemohon Universiti Teknologi Mara (UITM).
- Menerusi akaun Twitter @imraimy, cicipannya berkenaan lebih 11,000 maklumat nombor kad pengenalan dan email pemohon terpapar dalam satu dokumen google sheet.
- Pada Januari 2019 tular berita mengenai data peribadi lebih sejuta alumni dan pelajar (UITM) yang bocor secara dalam talian.
KUALA LUMPUR – Baru-baru ini kecoh di laman twitter berkenaan kebocoran lebih 11,000 maklumat data pemohon Universiti Teknologi Mara (UITM).
Menerusi akaun Twitter @imraimy, lebih 11,000 maklumat nombor kad pengenalan dan email pemohon terpapar dalam satu dokumen.
“Sooo… Uitm just dropped a list of more than 10k NRIC numbers and emails of applicants as a plain unsecured link. It’s their way of letting candidates check their particulars using the browser search function from a gsheet,” demikian ciapannya di Twitter.
Rata-rata netizen memberi reaksi sinis akan kecuaian pengurusan universiti yang tidak menitikberatkan soal data peribadi.
Pengurusan universiti disifatkan seolah-oleh tidak berintegriti dalam soal perlindungan data peribadi.
“Parah betul dengan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan data peribadi ni sampai universiti pun buat tayang data kat internet macam dia lekat kat papan kenyataan depan pejabat pentadbiran je.” ciapan @BomohCompSc.
Ada juga yang mengaitkan dengan situasi semasa di mana banyak nombor kad pengenalan disalahguna.
“No wonder IC numbers data are being sold like fish market”, ciapan @az_zahar.
Pada Januari 2019, UITM juga pernah tular mengenai lebih sejuta data peribadi alumni dan pelajar UITM yang bocor secara dalam talian.
Butiran peribadi yang didedahkan termasuklah nombor pendaftaran pelajar, nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah, alamat emel, nombor telefon dan kod kampus.
Namun pihak UITM menafikan perkara itu dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang digunakan mereka adalah utuh, selamat dan boleh dipercayai. – The Merdeka Times
Sumber: Twitter @imraimy, Harian Metro, Mstar