Terkini
Bukan Islam dijangka terima undang-undang syariah – Prof Doraisamy Govindasamy
Undang-undang syariah dijangka diterima sepenuhnya masyarakat di Malaysia, termasuk dalam kalangan bukan Islam, suatu masa nanti.
- Undang-undang syariah dijangka diterima sepenuhnya masyarakat di Malaysia, termasuk dalam kalangan bukan Islam, suatu masa nanti.
- Ketika itu persoalan mengenai kedudukan di antara undang-undang syariah dan undang-undang sivil tidak lagi berbangkit kerana kedua-duanya akan dilihat dalam kedudukan setara.
- Setiausaha Agung Kehormat World Humanitarian Drive Malaysia Chapter, Profesor Datuk Dr GP Doraisamy Govindasamy menjangkakan perkara itu kerana beliau melihat sendiri kebaikan dan keindahan dalam undang-undang syariah.
KUALA LUMPUR — Undang-undang syariah dijangka diterima sepenuhnya masyarakat di Malaysia, termasuk dalam kalangan bukan Islam, suatu masa nanti.
Ketika itu persoalan mengenai kedudukan di antara undang-undang syariah dan undang-undang sivil tidak lagi berbangkit kerana kedua-duanya akan dilihat dalam kedudukan setara.
Setiausaha Agung Kehormat World Humanitarian Drive Malaysia Chapter, Profesor Datuk Dr GP Doraisamy Govindasamy menjangkakan perkara itu kerana beliau melihat sendiri kebaikan dan keindahan dalam undang-undang syariah.
Beliau berkata proses penerimaan itu akan mengambil masa, namun masyarakat dijangka menerima undang-undang syariah sepenuhnya.
“So kami dalam satu proses negara kita terutama di Malaysia sekarang dalam satu proses mana masa akan datang untuk kita terima Undang-undang Syariah sepenuhnya bukan lagi Mahkamah Sivil.
“The time will come, syariah would slowly become… because to me I see the goodness in syariah, the beauty in syariah if you don’t know, none… you don’t love. You must know, you must read them and then only you love them.
“Until unless you know they don’t like them then there’s no love. Why I love syariah? Why I love Islam? Because I know them,” katanya dalam sesi diskusi membincangkan topik ‘Mahkamah Syariah vs Mahkamah Sivil’ yang disiarkan di Youtube Majlis Profesor Negara.
Doraisamy berkata dalam proses perlahan itu kita tidak dapat lari daripada menyaksikan pelbagai isu, termasuk kes terbaharu beliau membabitkan wanita mualaf yang ingin kembali ke agama asalnya selepas kematian suaminya yang beragama Islam.
Dalam kes itu, beliau bertegas menolak keinginan wanita mualaf terbabit untuk keluar agama Islam walaupun Doraisamy sendiri bukan beragama Islam.
“Why syariah is only for Muslim? Non Muslim, are they not manusia? I saw in Saudi, I saw in Brunei, they all are living happily with all races, why? Because of acceptance.
“The day they accept, that’s the day the wisdom will come. If you don’t accept, no wisdom. I’m telling you because when I accepted (syariah law), I see the wisdom,” katanya.
Doraisamy berkata Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah mempunyai kedudukan setara susulan itu Mahkamah Syariah tidak boleh dianggap lebih rendah daripada Mahkamah Sivil dan begitu juga sebaliknya. — The Merdeka Times
Sumber: Youtube Majlis Profesor Negara