Terkini
Benarkah PU Syed mahu ‘Socmed’ disekat seperti dihighlightkan dalam akhbar cina?
Menurut laporan China Press bertarikh 14 Mei lalu, PU Syed dikatakan membuat kenyataan menuntut semua media sosial disekat dan rakyat dilarang menggunakannya bagi menghalang budaya LGBT menyusup ke Malaysia.

- Menurut laporan China Press bertarikh 14 Mei lalu, PU Syed dikatakan membuat kenyataan menuntut semua media sosial disekat dan rakyat dilarang menggunakannya bagi menghalang budaya LGBT menyusup ke Malaysia.
- Semakan The Merdeka Times (TMT) di akaun Facebook PU Syed, bagaimanapun mendapati beliau tidak pernah membuat kenyataan sedemikian.
- Sebaliknya, pendakwah bebas itu hanya membuat satu hantaran di akaun Facebook beliau pada 12 Mei lalu yang dimulakan dengan satu persoalan, “Tiktok, FB, IG, Twiter, Youtube dll.. Semuanya support El Gi Bi Tih, jadi perlukah disekat dan dipulau semua sosmed ini?”.
Menurut laporan China Press bertarikh 14 Mei lalu, PU Syed dikatakan membuat kenyataan menuntut semua media sosial disekat dan rakyat dilarang menggunakannya bagi menghalang budaya LGBT menyusup ke Malaysia.
Semakan The Merdeka Times (TMT) di akaun Facebook PU Syed, bagaimanapun mendapati beliau tidak pernah membuat kenyataan sedemikian.
Pendakwah bebas itu hanya membuat satu hantaran di akaun Facebook beliau pada 12 Mei lalu yang dimulakan dengan satu persoalan, “Tiktok, FB, IG, Twiter, Youtube dll.. Semuanya support El Gi Bi Tih, jadi perlukah disekat dan dipulau semua sosmed ini?”.
“Mereka kiaskan dgn isu kumpulan penyanyi dan kumpulan yg bakal hadir ke Malaya Nov ini.. mereka hentam para asatizah dgn mengatakan ustaz² juga jgn gunakan semua medium sosmed ini.. sebab pro el gi bi tih..”

Foto: Facebook Pu Syed
Memetik laporan China Press, PU Syed juga dikatakan tidak berpuas hati dengan kumpulan muzik Korea Selatan BLACKPINK yang mengadakan konsert ketika negara kita dilanda banjir.
Beliau dilaporkan berdoa agar banjir berlaku di tapak konsert.
Sewaktu bintang filem antarabangsa Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh memenangi Oscar, PU Syed juga dilaporkan tidak bersetuju, malah membuat satu hantaran di Facebook: “Apa yang patut dibanggakan?”
Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan secara terbuka mengalu-alukan Coldplay mengadakan konsert di Malaysia.
Namun Anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa kerajaan membatalkan konsert itu atas alasan ia tidak memberi manfaat kepada negara dan rakyat.
Nasrudin mendakwa vokalis Coldplay, Chris Martin pernah mempamerkan bendera pelangi yang dikaitkan dengan kelompok songsang LGBT di konsert sebelum ini.
Sumber: China Press

You must be logged in to post a comment Login