Connect with us

Antarabangsa

Australia mahu haramkan vape, bertindak tegas terhadap e-rokok

Kerajaan Australia hari ini bercadang mengetatkan undang-undang berkaitan rokok elektronik atau e-rokok, termasuk memperkenalkan kawalan baharu ke atas import dan pembungkusan bagi menghapuskan vape terutama dalam kalangan kanak-kanak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Australia mahu haramkan vape, bertindak tegas terhadap e-rokok
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Australia hari ini bercadang mengetatkan undang-undang berkaitan rokok elektronik atau e-rokok, termasuk memperkenalkan kawalan baharu ke atas import dan pembungkusan bagi menghapuskan vape terutama dalam kalangan kanak-kanak.
  • Cadangan itu memperlihatkan tindakan keras terbesar terhadap industri tembakau di negara itu dalam tempoh lebih sedekad.
  • Sehubungan itu, kerajaan Persekutuan akan mengambil langkah mengharamkan semua vape pakai buang dan import vape bukan preskripsi, menyekat perisa dan warna serta mengurangkan tahap nikotin dibenarkan.
  • Susulan peraturan baharu itu, peranti elektronik itu hanya dibenarkan dijual sebagai produk untuk membantu perokok berhenti tabiat buruk itu.
  • “Sama seperti mereka lakukan dengan merokok, Big Tobacco mengambil satu lagi produk ketagihan, membungkusnya dalam pembungkusan berkilat dan menambah perisa untuk mencipta generasi baru penagih nikotin,” kata Menteri Kesihatan Australia, Mark Butler.

SYDNEY: Kerajaan Australia hari ini bercadang mengetatkan undang-undang berkaitan rokok elektronik atau e-rokok, termasuk memperkenalkan kawalan baharu ke atas import dan pembungkusan bagi menghapuskan vape terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Cadangan itu memperlihatkan tindakan keras terbesar terhadap industri tembakau di negara itu dalam tempoh lebih sedekad.

Sehubungan itu, kerajaan Persekutuan akan mengambil langkah mengharamkan semua vape pakai buang dan import vape bukan preskripsi, menyekat perisa dan warna serta mengurangkan tahap nikotin dibenarkan.

Susulan peraturan baharu itu, peranti elektronik itu hanya dibenarkan dijual sebagai produk untuk membantu perokok berhenti tabiat buruk itu.

“Sama seperti mereka lakukan dengan merokok, Big Tobacco mengambil satu lagi produk ketagihan, membungkusnya dalam pembungkusan berkilat dan menambah perisa untuk mencipta generasi baru penagih nikotin,” kata Menteri Kesihatan Australia, Mark Butler.

Ia terkandung dalam ucapan beliau di Kelab Wartawan Kebangsaan, yang dilihat oleh wartawan Reuters.

Di bawah peraturan baharu, vape dikehendaki mempunyai pembungkusan jenis farmaseutikal.

Budaya vape, secara meluas dilihat sebagai alternatif yang lebih selamat untuk penghisap rokok dan produk untuk membantu perokok berhenti.

Ia membabitkan pemanasan cecair yang mengandungi nikotin dalam apa yang dipanggil e-rokok dan mengubahnya menjadi wap yang disedut oleh pengguna.

Bagaimanapun, Butler menyatakan vape sudah menjadi produk rekreasi sekarang, kebanyakannya dijual kepada remaja dan golongan muda.

“Ia adalah produk yang disasarkan kepada anak-anak kita, dijual bersama gula-gula dan coklat.

“Menghisap vape menjadi isu tingkah laku nombor satu di sekolah menengah dan amalan ini semakin meluas di sekolah rendah,” katanya.

Belanjawan Persekutuan yang akan dikeluarkan minggu depan, bakal merangkumi AUS$234 juta (RM691.22 juta ) untuk membiayai langkah baharu bagi melindungi daripada bahaya produk tembakau dan vape, menurut petikan ucapan itu.

Australia mempunyai salah satu undang-undang anti merokok paling keras di dunia selepas negara itu pada 2012 memaksa pengeluar untuk meninggalkan penjenamaan berwarna-warni yang berbeza dan menjual rokok mereka dalam paket yang seragam tanpa perhiasan.

Firma tembakau segera beralih kepada e-rokok yang menawarkan perisa berbeza dan reka bentuk yang dicipta dengan menyasarkan generasi pengguna baharu. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *