Antarabangsa
Agensi berita OIC akan bincang peranan media dalam pembangunan mampan
Kesatuan Agensi Berita OIC (UNA) akan menganjurkan sesi media mengenai pembangunan mampan di Kazan, Rusia pada Khamis.
- Kesatuan Agensi Berita OIC (UNA) akan menganjurkan sesi media mengenai pembangunan mampan di Kazan, Rusia pada Khamis.
- Bertemakan “Rusia – Dunia Islam: Kerjasama Media untuk Pembangunan Mampan dan Kemakmuran Ekonomi,” sesi itu akan berlangsung dalam rangka kerja Forum Ekonomi Antarabangsa “Rusia – Dunia Islam: Forum Kazan 2023.”
- Menurut Agensi Berita UAE (WAM), sesi itu dianjurkan dengan kerjasama Agensi Republikan untuk Akhbar dan Komunikasi Massa “Tatmedia”.
KAZAN (Rusia) – Kesatuan Agensi Berita OIC (UNA) akan menganjurkan sesi media mengenai pembangunan mampan di Kazan, Rusia pada Khamis.
Bertemakan “Rusia – Dunia Islam: Kerjasama Media untuk Pembangunan Mampan dan Kemakmuran Ekonomi,” sesi itu akan berlangsung dalam rangka kerja Forum Ekonomi Antarabangsa “Rusia – Dunia Islam: Forum Kazan 2023.”
Menurut Agensi Berita UAE (WAM), sesi itu dianjurkan dengan kerjasama Agensi Republikan untuk Akhbar dan Komunikasi Massa “Tatmedia”.
Sesi itu akan disertai jabatan penerangan dalam Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pusat Pembangunan Perdagangan Islam dan beberapa agensi berita dan media dari negara OIC dan Rusia.
Topik kerjasama media antara dunia Islam dan Rusia akan dibincangkan semasa sesi itu, termasuk “Media Sebagai Penggerak Pembangunan Mampan dan Perkongsian Ekonomi” dan “Langkah-Langkah Praktikal untuk Memperkukuh Perkongsian Media di Peringkat Antarabangsa”. – BERNAMA
Sumber: Bernama