Antarabangsa
883 kes hukuman mati di 20 negara pada 2022
Rekod hukuman mati di seluruh dunia mencecah 883 kes tahun lalu, tahap tertinggi sejak 2017, menurut laporan Amnesty International (Amnesty) yang diterbitkan pada Selasa.

- Rekod hukuman mati di seluruh dunia mencecah 883 kes tahun lalu, tahap tertinggi sejak 2017, menurut laporan Amnesty International (Amnesty).
- Hukuman mati tahun lalu itu dilaksanakan di 20 negara diketahui dengan jumlahnya meningkat 53 peratus berbanding tahun sebelumnya.
- Organisasi itu mendakwa jumlah berkenaan tidak termasuk ribuan banduan dibunuh secara rahsia di China selain termasuk 81 orang yang dihukum mati dalam sehari di Arab Saudi.
- 40 peratus daripada hukuman mati yang diketahui adalah bagi kesalahan berkaitan dadah termasuk 11 di Singapura.
LONDON: Rekod hukuman mati di seluruh dunia mencecah 883 kes tahun lalu, tahap tertinggi sejak 2017, menurut laporan Amnesty International (Amnesty) yang diterbitkan pada Selasa.
Menurut pemantau hak asasi global itu, hukuman mati tahun lalu itu dilaksanakan di 20 negara yang diketahui dengan jumlahnya meningkat 53 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Organisasi itu mendakwa jumlah berkenaan tidak termasuk ribuan banduan dibunuh secara rahsia di China selain termasuk 81 orang yang dihukum mati dalam sehari di Arab Saudi.
China dipercayai mendahului, diikuti Iran dengan pelaksanaan 576 hukuman mati, Arab Saudi (196 – jumlah tertinggi dalam 30 tahun), Mesir (24) dan Amerika Syarikat (18).
Hukuman mati juga digunakan secara meluas di Korea Utara dan Vietnam tetapi seperti China, angka di negara berkenaan masih dilindungi dengan rahsia, menurut Amnesty dalam laporan tahunan.
Negara-negara di Asia Barat dan dan Afrika Utara didapati bersalah atas ‘pembunuhan’ yang dipersetujui dengan hukuman mati semakin meningkat di Arab Saudi, Iran dan Mesir, menurutnya.
Amnesty berkata hampir 40 peratus daripada hukuman mati yang diketahui adalah bagi kesalahan berkaitan dadah termasuk 11 di Singapura.
“Itu melanggar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, yang membenarkan hukuman mati hanya untuk jenayah membabitkan pembunuhan dengan sengaja,” menurut kumpulan itu.
Setiausaha Agung Amnesty, Agnes Callamard, berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meningkatkan tekanan ke atas negara yang bertanggungjawab terhadap pencabulan hak asasi manusia dan memastikan perlindungan antarabangsa dilaksanakan.
Amnesty mendapati enam negara menghapuskan sebahagian atau sepenuhnya hukuman mati tahun lalu.
Negara itu membabitkan Republik Afrika Tengah, Guinea Khatulistiwa, Kazakhstan, Papua New Guinea, Sierra Leone dan Zambia.
“Tindakan kejam negara seperti Iran, Arab Saudi serta China, Korea Utara dan Vietnam kini menjadi minoriti,” kata Callamard.
“Negara-negara ini harus segera mengejar masa, melindungi hak asasi manusia, dan melaksanakan keadilan daripada manusia.”
Sumber: Berita Harian
