Connect with us

Antarabangsa

80 peratus rakyat Palestin percaya China dari AS sebagai broker rundingan damai

Majoriti rakyat Palestin melihat China dan Rusia sebagai pengantara yang berpotensi dan berkesan dalam rundingan damai mereka dengan negara haram aparteid Israel di mana hampir 80 peratus rakyat Palestin turut mengalu-alukan tawaran China untuk menjadi pengantara dengan Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

80 peratus rakyat Palestin percaya China dari AS sebagai broker rundingan damai
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majoriti rakyat Palestin melihat China dan Rusia sebagai pengantara berpotensi dan berkesan dalam rundingan damai mereka dengan negara haram aparteid Israel di mana hampir 80 peratus rakyat Palestin turut mengalu-alukan tawaran China untuk menjadi pengantara dengan Israel.
  • Pada bulan April lalu, di tengah-tengah ketegangan meningkat, China menawarkan untuk memudahkan rundingan damai antara Israel dan Palestin dan turut menggesa mereka disambung semula secepat mungkin.
  • Tinjauan yang dijalankan oleh YouGov pada Mei atas permintaan Arab News, menunjukkan Rusia yang diikuti rapat oleh Kesatuan Eropah dan China menjadi pilihan sebagai broker keamanan yang paling digemari rakyat Palestin.
  • AS terbukti jauh daripada menjadi pilihan di kalangan penduduk Tebing Barat dan Gaza. 60 peratus peserta dari tinjauan itu tidak mempercayai AS untuk menjadi pengantara rundingan Palestin-Israel, ini kerana mereka percaya AS mempunyai pengaruh yang ketara ke atas Israel.

LONDON – Majoriti rakyat Palestin melihat China dan Rusia sebagai pengantara yang berpotensi dan berkesan dalam rundingan damai mereka dengan negara haram aparteid Israel di mana hampir 80 peratus rakyat Palestin turut mengalu-alukan tawaran China untuk menjadi pengantara dengan Israel.

Pada bulan April yang lalu, di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di Baitulmuqaddis, China menawarkan untuk memudahkan rundingan damai antara Israel dan Palestin dan turut menggesa mereka disambung semula secepat mungkin.

Tinjauan yang dijalankan oleh YouGov pada Mei atas permintaan Arab News, menunjukkan Rusia yang diikuti rapat oleh Kesatuan Eropah dan China menjadi pilihan sebagai broker keamanan yang paling digemari rakyat Palestin.

Manakala AS terbukti jauh daripada menjadi pilihan di kalangan penduduk Tebing Barat dan Gaza. 60 peratus peserta dari tinjauan itu tidak mempercayai AS untuk menjadi pengantara rundingan Palestin-Israel, ini kerana mereka percaya AS mempunyai pengaruh yang ketara ke atas Israel.

Menurut Pengarah Majlis Pemahaman Arab-British (CAABU) yang berpangkalan di London, rakyat Palestin tidak pernah melihat AS sebagai broker yang neutral atau adil.

Jelasnya lagi, AS juga secara terang-terangan menyatakan bahawa ia adalah pro-Israel yang turut mempunyai pakatan strategik dengan rejim haram aparteid Israel dan ia secara rutin telah meluluskan resolusi yang memihak kepada pro-Israel di Kongres.

Beberapa responden kaji selidik juga menyalahkan AS dalam kegagalan berulang dalam rundingan damai Palestin-Israel kerana berat sebelah terhadap Israel.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *