Antarabangsa
500 pekerja Meta di Ireland diberhentikan
Syarikat induk Facebook, Meta memberhenti hampir 500 pekerja di pejabatnya di Dublin, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan RTE penyiar awam Ireland, pada Khamis.
- Syarikat induk Facebook, Meta memberhenti hampir 500 pekerja di pejabatnya di Dublin.
- Kira-kira 2,500 orang berkhidmat untuk Meta di Dublin, tempat syarikat itu mempunyai pangkalan perniagaan di luar Amerika Syarikat dan Kanada.
- Pemberhentian itu sebahagian daripada pengecilan staf yang diarahkan ketua pegawai eksekutif Meta, Mark Zuckerberg pada Mac.
LONDON: Syarikat induk Facebook, Meta memberhenti hampir 500 pekerja di pejabatnya di Dublin, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan RTE penyiar awam Ireland, pada Khamis.
Gergasi teknologi AS memaklumkan kerajaan di Dublin mengenai pemberhentian itu.
Kira-kira 2,500 orang berkhidmat untuk Meta di Dublin, tempat syarikat itu mempunyai pangkalan perniagaan di luar Amerika Syarikat dan Kanada.
Pemberhentian itu sebahagian daripada pengecilan staf yang diarahkan ketua pegawai eksekutif Meta, Mark Zuckerberg pada Mac.
Sumber: Berita Harian
Teruskan Membaca