Antarabangsa
50 penganut Hindu memeluk Islam di wilayah Sindh, Pakistan
Sekurang-kurangnya 50 ahli daripada sepuluh keluarga Hindu memeluk Islam di wilayah selatan Sindh, Pakistan.
- Sekurang-kurangnya 50 ahli daripada sepuluh keluarga Hindu memeluk Islam di wilayah selatan Sindh, Pakistan.
- Perkara itu meresahkan aktivis Hindu yang mendakwa pembabitkan kerajaan dalam penukaran agama secara besar-besaran itu.
- Individu terbabit berasal dari kawasan berbeza di wilayah Mirpurkhas dan diislamkan dalam majlis dianjurkan di seminari Baitul Iman New Muslim Colony di bandar itu pada 4 Mei lalu.
Sekurang-kurangnya 50 ahli daripada sepuluh keluarga Hindu memeluk Islam di wilayah selatan Sindh, Pakistan.
Perkara itu meresahkan aktivis Hindu yang mendakwa pembabitkan kerajaan dalam penukaran agama secara besar-besaran itu.
Menurut Deccan Herald, individu terbabit berasal dari kawasan berbeza di wilayah Mirpurkhas dan diislamkan dalam majlis dianjurkan di seminari Baitul Iman New Muslim Colony di bandar itu pada 4 Mei lalu.
Salah seorang penjaga seminari, Qari Taimur Rajput mengesahkan seramai 50 individu daripada 10 keluarga memeluk Islam, termasuk 23 perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun.
Anak kepada Menteri Hal Ehwal Ugama Senator Muhammad Talha Mahmood, Mohammad Shamroz Khan turut menghadiri majlis penukaran agama itu.
“Mereka semua dengan rela hati memeluk Islam. Tiada siapa yang memaksa mereka,” kata Qari.
Semasa upacara penukaran agama yang dihadiri beberapa penduduk, Qari dilaporkan bertanya kepada mualaf baru jika mereka mengambil langkah itu dengan rela hati.
Sebaliknya, Aktivis Hindu bimbang dengan penukaran agama secara besar-besaran dan menyatakan kemarahan dan kekecewaan mereka.
Seorang aktivis Hindu, Faqir Shiva Kucchi, yang sering bersuara vokal dalam isu penukaran agama itu, berkata, “Nampaknya negeri (kerajaan) sendiri terlibat dalam penukaran agama ini”.
Beliau berkata tuntutan untuk memulakan undang-undang terhadap penukaran agama dibuat kepada kerajaan oleh anggota masyarakat tempatan selama beberapa tahun.
“Penukaran di Sindh adalah isu serius, dan bukannya mengambil langkah untuk menghentikannya, anak menteri persekutuan adalah sebahagian daripada penukaran agama itu,” katanya.
“Ia adalah satu perkara yang amat membimbangkan kami semua (Hindu). Kami berasa tidak berdaya (sekarang),” katanya.
Faqir berkata kebanyakan mualaf adalah kurang bernasib baik dari segi ekonomi dan pemimpin agama tempatan mengambil kesempatan daripada keadaan itu.
“Mereka menawarkan sokongan kewangan dan menukarkan agama individu-individu ini dengan mudah,” dakwanya.
Dalam pada itu, Qari menunjukkan beratus-ratus memeluk Islam dalam tempoh lima tahun lalu.
“Kami menyediakan semua sokongan yang mungkin diperlukan oleh individu-individu ini,” kata Qari.
Mereka yang memeluk Islam akan tinggal di kemudahan tempatan yang ditubuhkan khas untuk mualaf baharu pada 2018.
Sumber: Deccan Herald