Connect with us

Antarabangsa

25 warga Palestin maut serangan di Gaza

Tentera Israel dan Palestin lebih banyak melepaskan tembakan dan sering berbalas serangan yang kini sudah memasuki hari ketiga dan merupakan yang terburuk sejak pertengahan tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

25 warga Palestin maut serangan di Gaza
Foto: Bangunan runtuh akibat serangan udara Israel ke atas Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza.
  • Tentera Israel dan Palestin lebih banyak melepaskan tembakan dan sering berbalas serangan yang kini sudah memasuki hari ketiga dan merupakan yang terburuk sejak pertengahan tahun lalu.
  • Seramai 25 rakyat Palestin terbunuh termasuk tentera dan orang awam susulan serangan udara dan peluru berpandu dari Israel sejak Selasa lalu, kata Pegawai Tentera Palestin.
  • Kebanyakan kedai di Gaza ditutup dan sebahagian jalan raya ditinggalkan ketika pesawat tentera Israel mengelilingi di kawasan bangunan runtuh.
  • Pertempuran di Gaza pada minggu ini adalah yang terburuk sejak tiga hari lalu dan pada Ogos tahun lalu seramai 49 orang rakyat Palestin terbunuh, manakala tiada kematian direkodkan di Israel. 

GAZA: Tentera Israel dan Palestin lebih banyak melepaskan tembakan dan sering berbalas serangan yang kini sudah memasuki hari ketiga dan merupakan yang terburuk sejak pertengahan tahun lalu.

Seramai 25 rakyat Palestin terbunuh termasuk tentera dan orang awam susulan serangan udara dan peluru berpandu dari Israel sejak Selasa lalu, kata Pegawai Tentera Palestin.

Kebanyakan kedai di Gaza ditutup dan sebahagian jalan raya ditinggalkan ketika pesawat tentera Israel mengelilingi di kawasan bangunan runtuh.

Menurut pihak tentera, lebih 500 peluru berpandu dilepaskan dari Gaza ke Israel sejak Selasa dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan di Israel.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 368 peluru berpandu berjaya melepasi sempadan dan 154 dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome, manakala 110 jatuh di kawasan Gaza.

Pejuang Jihad Islam memaklumkan bahawa peluru berpandu ditembak semula ke arah Israel sekitar jam 9:00 pagi waktu tempatan.

Kumpulan berkenaan mengesahkan mereka kehilangan empat pemimpin tentera dalam serangan sejak beberapa hari kebelakangan ini termasuk Komander Unit Pelancar Peluru Berpandu, Ali Ghali.

Kumpulan Militan Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin juga menyatakan bahawa empat pejuangnya terbunuh.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata dalam satu ceramah di televisyen bahawa pihaknya masih dalam misi menyerang Semenanjung Gaza dengan lebih ganas.

“Kami menyatakan kepada pengganas bahawa kami melihat mereka di mana-mana dan mereka tidak boleh bersembunyi serta kami akan memilih tempat dan masa untuk menghapuskan mereka,” katanya.

Pertempuran di Gaza pada minggu ini adalah yang terburuk sejak tiga hari lalu dan pada Ogos tahun lalu seramai 49 orang rakyat Palestin terbunuh manakala tiada kematian direkodkan di Israel. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *