Connect with us

Antarabangsa

Tiga gereja dirobohkan kerajaan pimpinan BJP di Manipur

Tiga gereja dirobohkan pentadbiran di daerah Imphal East di Manipur, India, yang dikuasai Parti Bharatiya Janata (BJP) pada Selasa lalu kerana “pembinaan haram” di atas tanah kerajaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiga gereja dirobohkan kerajaan pimpinan BJP di Manipur
Foto: Gereja yang dirobohkan oleh kerajaan pimpinan BJP di Manipur.
  • Tiga gereja dirobohkan pentadbiran di daerah Imphal East di Manipur, India, pada Selasa lalu kerana “pembinaan haram” di atas tanah kerajaan.
  • Gereja terbabit dirobohkan beberapa hari selepas Mahkamah Tinggi Manipur membatalkan perintahnya untuk status quo atas arahan pengusiran kerajaan pimpinan Parti Bharatiya Janata (BJP) di negeri itu.
  • Seorang pegawai di Manipur berkata gereja-gereja itu dirobohkan kerana ia dibina di atas tanah kerajaan dan tanpa sebarang kelulusan atau kebenaran daripada pentadbiran daerah.
  • Tiga gereja terbabit adalah Gereja Evangelical Baptist Convention, Evangelical Lutheran Church Manipur dan Catholic Holy Spirit Church. 

Tiga gereja dirobohkan pentadbiran di daerah Imphal East di Manipur, India, yang dikuasai Parti Bharatiya Janata (BJP) pada Selasa lalu kerana “pembinaan haram” di atas tanah kerajaan.

Perobohan itu dilakukan di Koloni Suku pada awal pagi Selasa dengan kehadiran ramai anggota keselamatan. 

Gereja terbabit dirobohkan beberapa hari selepas Mahkamah Tinggi Manipur membatalkan perintahnya untuk status quo atas arahan pengusiran kerajaan pimpinan BJP di negeri itu.

Seorang pegawai di Manipur berkata gereja-gereja itu dirobohkan kerana ia dibina di atas tanah kerajaan dan tanpa sebarang kelulusan atau kebenaran daripada pentadbiran daerah.

Tiga gereja terbabit adalah Gereja Evangelical Baptist Convention, Evangelical Lutheran Church Manipur dan Catholic Holy Spirit Church. 

Salah satu gereja dibina pada 1974, namun pada Disember 2020, kerajaan mengeluarkan notis pengusiran kepada gereja dan beberapa garaj berdekatan.

Mahkamah Tinggi pada 4 April tahun ini membatalkan perintahnya untuk status quo selepas gereja-gereja itu gagal memberikan bukti dokumentari bagi mengesahkan ketiga-tiga gereja itu dibina dengan kelulusan kerajaan.

Ketika pihak pentadbiran merobohkan gereja, ramai penduduk Kristian berkumpul dan bersembahyang di runtuhan pada Selasa. 

Salah seorang paderi berkata kerajaan negeri tidak sepatutnya merobohkan gereja itu kerana ia bukan untuk kepentingan peribadi mana-mana individu atau organisasi. 

“Gereja mengajar kasih sayang dan perpaduan di kalangan individu. Kami tidak mengajar apa-apa yang buruk dan jadi kami sangat sedih hari ini melihat bagaimana gereja dirobohkan dengan tukul,” katanya.

Lebih 41 peratus penduduk Manipur adalah penganut Kristian.

Sumber: Deccan Herald

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *