Connect with us

Antarabangsa

Tayangan filem transgender dibatalkan kali kedua di Universiti Edinburgh

Tayangan filem kontroversi tentang isu transgender dibatalkan buat kali kedua di Universiti Edinburgh selepas diprotes pelajar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tayangan filem transgender dibatalkan kali kedua di Universiti Edinburgh
Foto: Sekumpulan pelajar Universiti Edinburgh melakukan protes.
  • Tayangan filem kontroversi tentang isu transgender dibatalkan buat kali kedua di Universiti Edinburgh selepas diprotes pelajar.
  • Dokumentari Adult Human Female itu sepatutnya ditayangkan di dewan syarahan di George Square pada Rabu.
  • BBC melaporkan pihak universiti berkata penunjuk perasaan menyekat akses ke lokasi itu menyebabkan tayangan dibatalkan atas sebab keselamatan.
  • Filem dokumentari itu didakwa mengandungi kandungan “serangan jelas terhadap identiti orang transgender”.
  • Satu kenyataan daripada pengarah filem berkata, “tidak ada sedikit pun kebencian dalam filem kami”.

Tayangan filem kontroversi tentang isu transgender dibatalkan buat kali kedua di Universiti Edinburgh selepas diprotes pelajar.

Dokumentari Adult Human Female itu sepatutnya ditayangkan di dewan syarahan di George Square pada Rabu.

BBC melaporkan pihak universiti berkata penunjuk perasaan menyekat akses ke lokasi itu menyebabkan tayangan dibatalkan atas sebab keselamatan.

Protes sama menyaksikan tayangan filem kontroversi itu dibatalkan pada kali pertama cubaan tayangannya pada Disember lalu.

Beberapa kakitangan universiti dan kumpulan pelajar Universiti Edinburgh menggesa tayangan filem berhubung isu transgender dibatalkan.

Mereka mendakwa dokumentari itu mengandungi kandungan “serangan jelas terhadap identiti orang transgender”.

Satu kenyataan daripada pengarah filem itu bagaimanapun berkata, “tidak ada sedikit pun kebencian dalam filem kami”.

Menurutnya, tuduhan bahawa filem itu adalah transfobik direka untuk menyekat perdebatan.

“Adalah sangat penting untuk (tayangan) diteruskan, kerana universiti mesti menjadi tempat di mana perselisihan faham boleh dibincangkan dan idea yang berbeza diadakan untuk penelitian,” katanya.

Jurucakap Universiti Edinburgh berkata pihaknya kecewa sekali lagi kerana acara tersebut tidak dapat diteruskan.

“Selaras dengan komitmen kami untuk memupuk persekitaran yang inklusif, menyokong dan selamat untuk seluruh komuniti kami, kami bekerjasama dengan penganjur dan mengambil langkah untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan acara itu,” katanya.

Beliau menjelaskan penunjuk perasaan mengehadkan akses ke tempat acara tayangan filem itu sepatutnya diadakan kerana bimbang dengan ancaman keselamatan terhadap penonton sekiranya acara diteruskan. 

“Oleh itu, telah diputuskan bahawa tayangan filem tidak perlu diteruskan,” katanya.

Sumber: BBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *