Connect with us

Antarabangsa

Tampilkan individu dewasa bertelanjang di hadapan remaja, saluran TV Britain dikritik hebat

Salah satu rangkaian televisyen terkenal Britain dikritik hebat selepas menyiarkan rancangan menampilkan individu dewasa bertelanjang di hadapan remaja bawah umur.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Foto: Tangkap layar rancangan Naked Education di saluran televisyen Britain.
  • Rangkaian televisyen terkenal Britain, Channel 4 dikritik hebat selepas menyiarkan rancangan Naked Education minggu ini.
  • Rancangan itu menampilkan sekumpulan dewasa bertelanjang di hadapan remaja berusia 14 hingga 16 tahun bertujuan mendidik mereka untuk meraikan kepelbagaian bentuk tubuh badan.
  • Antara kandungannya ialah perkongsian mengenai anatomi, bulu badan, badan yang semakin tua, kekurangan upaya, dan pembedahan kosmetik untuk lelaki dan wanita.
  • Pendidikan seksual itu dilihat semakin tidak senonoh apabila remaja terbabit diberi peluang untuk memerhati secara rapat zakar sekumpulan lelaki yang bertelanjang untuk belajar mengenai khatan dan saiz.

Salah satu rangkaian televisyen terkenal Britain dikritik hebat selepas menyiarkan rancangan menampilkan individu dewasa bertelanjang di hadapan remaja bawah umur.

Memetik lapor Reduxx, rancangan Naked Education disiarkan di Channel 4 bertujuan untuk mendidik remaja untuk meraikan kepelbagaian bentuk tubuh badan.

“Ini semua tentang nilai positif tubuh badan, kerana Anna Richardson, Yinka Bokinni dan Dr. Alex George pergi dalam misi menormalkan semua jenis badan, memperjuangkan perbezaan kita dan memecahkan stereotaip,” demikian penerangan rancangan itu.

Enam episod berdurasi 47 minit dikeluarkan minggu ini dan antara kandungannya ialah perkongsian mengenai anatomi, bulu badan, badan yang semakin tua, kekurangan upaya, dan pembedahan kosmetik untuk lelaki dan wanita.

Terdapat juga perbincangan maklumat intim sesama dewasa tanpa kehadiran audiens remaja itu.

Pendidikan seksual itu dilihat semakin tidak senonoh apabila remaja terbabit diberi peluang untuk memerhati secara rapat zakar sekumpulan lelaki yang bertelanjang untuk belajar mengenai khatan dan saiz.

Di media sosial, ramai netizen mengecam rancangan itu dan menyifatkan pesertanya sebagai pedofilia.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan ibu bapa remaja berkenaan yang membenarkan anak mereka untuk turut serta dalam rancangan tersebut.

Tayangan perdana musim pertama rancangan Naked Education yang dihoskan personaliti popular Anna Richardson itu disiarkan di Channel 4 minggu ini, menampilkan sekumpulan dewasa tidak memakai seurat benang di hadapan remaja berusia 14 hingga 16 tahun.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *